Tempoh | Kadar Faedah (% p.a.) |
1 bulan
|
2.20
|
2 bulan
|
2.25
|
3 bulan
|
2.35
|
4 - 5 bulan
|
2.40
|
6 - 12 bulan
|
2.45
|
13 - 35 bulan
|
2.50
|
36 - 47 bulan
|
2.55
|
48 - 59 bulan
|
2.55
|
60 bulan
|
2.55
|
*Berkuatkuasa 19 Mac 2025
Semua kadar faedah/dividen mungkin berubah tanpa notis pemberitahuan awal. Sila hubungi cawangan Maybank yang terdekat untuk maklumat lanjut mengenai kadar terkini.
Pengiraan Faedah
Faedah dikira berdasarkan jumlah hari dalam tempoh deposit.
Akta Wang Tak Dituntut 1965
Selaras dengan Akta Wang Tak Dituntut 1965 (disemak 1989), wang dalam Deposit Tetap di bawah Pembaharuan Automatik akan diklasifikasikan sebagai Wang Tak Dituntut sekiranya Deposit Tetap tersebut tidak dikendalikan selama tujuh (7) tahun dari tarikh deposit atau tarikh transaksi terakhir, yang mana terkemudian.
Terma & Syarat Pengeluaran Awal Deposit Tetap
Berkuat kuasa 1 Januari 2019, peraturan baharu untuk pengeluaran awal Deposit Tetap Konvensional (peletakan baharu, sedia ada dan diperbaharui) adalah seperti berikut:
Pengeluaran Segera Deposit Tetap (Tanpa Notis 31 Hari)
- Tiada faedah akan dibayar bagi pengeluaran awal Deposit Tetap segera tanpa memenuhi tempoh matang
- Contoh pengiraan pengeluaran awal Deposit Tetap segera tanpa memenuhi tempoh matang:

Pengeluaran Awal Deposit Tetap (Dengan Notis 31 Hari)
- 50% daripada kadar faedah kontrak akan dibayar jika notis bertulis 31 hari (termasuk hari notis) diberikan oleh pelanggan di cawangan kami.
- Notis bertulis dengan niat untuk menamatkan Deposit Tetap (dengan Notis Tempoh) secara pramatang mesti diberikan kepada cawangan kami.
- Berdasarkan notis pelanggan, jumlah prinsipal dan faedah terkumpul akan dikreditkan pada hari ke-32 ke dalam akaun semasa atau simpanan pelanggan yang ada di Maybank.
- Pelanggan hendaklah mempunyai akaun semasa atau simpanan
- Faedah terkumpul akan dikira setiap hari sehingga akhir ‘Tempoh Notis’.
- Setelah notis diberikan, pelanggan tidak dibenarkan untuk mengubah arahan dan mengeluarkan Deposit Tetap sehingga akhir ‘Tempoh Notis’.
- Contoh pengiraan pengeluaran awal Deposit Tetap:

Nota:
Untuk pengeluaran pramatang, faedah yang dibayar (jika berkenaan) akan ditolak daripada jumlah pokok.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Peraturan Pengeluaran Pramatang Baharu bagi Deposit Tetap konvensional.
Klik di sini untuk soalan lazim konvensional.
Klik di sini untuk terma dan syarat berkenaan akaun bank.
Klik di sini untuk contoh notis pengeluaran pramatang deposit tetap dengan tempoh notis 31 hari