Back


Daftar sebagai peniaga hari ini dan berpeluang membeli Maybank QRPay Soundbox pada harga RM50 (bernilai RM199.90)

 

Tak perlu lagi semak telefon atau risau tentang pembayaran yang terlepas. Terus fokus melayani pelanggan sementara Soundbox anda mengumumkan setiap transaksi yang berjaya secara masa nyata.

Tempoh kempen: 15 April - 15 Jun 2025

 

Klik di sini untuk English

Ketahui lebih lanjut


Urus setiap bayaran dengan mudah menggunakan Maybank QRPay Soundbox untuk semua jenis perniagaan. Muat turun aplikasi Maybank QRPayBiz, daftar sebagai peniaga, pautkan akaun Maybank anda untuk menerima bayaran dan terima 20 transaksi DuitNow QR unik dalam tempoh kempen untuk layak.

 

Mengapa guna aplikasi Maybank QRPayBiz?

  • Nikmati pendaftaran TANPA yuran - Kadar Diskaun Peniaga (MDR) dikecualikan!
  • Terima bayaran dari e-Dompet dan bank-bank lain dengan MAE DuitNow QR yang unik
  • Nikmati penyelesaian masa nyata – Bayaran MAE DuitNow QR masuk terus ke akaun bank berdaftar anda
  • Terima bayaran QR dari pelancong Singapura, Indonesia, Thailand, Korea, China dan Kemboja

Dan banyak lagi!

 

Mengapa guna Maybank QRPay Soundbox?

  • Pengumuman untuk setiap bayaran berjaya atau semak amaun yang diterima melalui paparan skrin
  • Mudah sahkan amaun yang diterima adalah betul dan sah
  • Lindungi diri anda dari penipu yang tunjuk resit palsu
  • Pilih bahasa pilihan anda - Bahasa Malaysia, Inggeris atau Cina

 

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai aplikasi Maybank QRPayBiz

Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai Maybank QRPay Soundbox

Cara untuk mendaftar sebagai peniaga


Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk daftar sebagai peniaga baharu:

Langkah 1: Muat turun dan buka aplikasi Maybank QRPayBiz

Langkah 2: Tekan ‘Register’ dan buka akaun anda

Langkah 3: Pilih akaun bank Maybank anda (akaun semasa, simpanan atau perniagaan) untuk terima bayaran

Langkah 4: Lengkapkan maklumat perniagaan dan anda akan diluluskan!

Langkah 5: Paparkan MAE DuitNow QR anda dan terima 20 transaksi DuitNow QR yang unik dalam tempoh kempen untuk layak.

Cara untuk membeli Maybank QRPay Soundbox


Selepas tamat tempoh kempen1, peniaga yang layak akan menerima kod promo unik melalui e-mel untuk membeli Maybank QRPay Soundbox pada harga RM50.

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan ‘Sama-Sama Lokal’

Langkah 2: Cari ‘Naga Plus Resources’ dan pilih Maybank QRPay Soundbox

Langkah 3: Masukkan kod promo unik anda

Langkah 4: Semak maklumat dan teruskan bayaran

Langkah 5: Anda akan dihubungi oleh Naga Plus Resources dalam tempoh 30 hari bekerja untuk kelulusan integrasi Soundbox dengan aplikasi QRPayBiz anda. Soundbox akan dihantar selepas integrasi selesai.

 

Untuk soalan lazim berkaitan Soundbox, sila lawati: EN | BM

 

Nota Penting:

  1. Dalam tempoh 60 hari bekerja selepas tamat tempoh kempen.
  2. Kod promo anda sah selama 30 hari sahaja.
  3. Naga Plus Resources ialah vendor sah untuk penghantaran, pemasangan dan penyelenggaraan soundbox.

Terma dan Syarat


  1. Tempoh kempen adalah dari 15 April 2025 - 15 Jun 2025.
  2. Kempen ini hanya sah melalui aplikasi Maybank QRPayBiz.
  3. Peniaga yang layak berhak membeli Maybank QRPay Soundbox pada harga RM50 setelah menyelesaikan perkara berikut dalam tempoh kempen:
    1. Berjaya melengkapkan pendaftaran peniaga dan proses onboarding melalui aplikasi Maybank QRPayBiz
    2. Pautkan akaun Semasa, Simpanan atau Perniagaan Maybank sebagai akaun lalai
    3. Berjaya menerima 20 transaksi DuitNow QR yang unik dalam tempoh kempen (15 April - 15 Jun 2025)
    4. Dalam tempoh 60 hari bekerja selepas tamat kempen, peniaga yang layak akan menerima kod promo unik melalui e-mel untuk pembelian Maybank QRPay Soundbox pada harga RM50
    5. Dari aplikasi MAE, cari ‘Sama-Sama Lokal’, taip ‘Naga Plus’ untuk membeli Soundbox pada harga RM50

Klik di sini untuk membaca Terma dan Syarat yang lengkap.