Back

Iklan Scam dan Aplikasi Scam

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Apakah kaitan antara iklan scam dan aplikasi scam?


Scammer akan menggunakan iklan palsu dalam talian untuk memperdaya anda bersembang dengan mereka supaya mereka boleh menghantar pautan untuk memuat turun aplikasi scam (fail .apk) kepada anda. Sekiranya anda muat turun fail tersebut, anda mungkin akan kehilangan semua wang dalam bank anda! Teruskan membaca untuk ketahui bagaimana ia boleh berlaku. 

Inilah caranya scam paling viral ini boleh berlaku


Langkah 1: Anda nampak iklan dalam talian

Iklan-iklan seperti perkhidmatan pembersihan yang murah, promosi perayaan, tawaran melancong dan banyak lagi. Scammer akan menyamar sebagai perniagaan sah untuk menarik perhatian anda.

 

Langkah 2: Anda menghubungi iklan tersebut

Scammer akan cuba bersembang dengan anda melalui media sosial dan aplikasi chat yang lain.

 

Langkah 3: Mereka meminta anda memuat turun aplikasi melalui pautan atau fail .apk

Kemudian, mereka meminta anda memuat turun aplikasi melalui dokumen yang dilampirkan atau pautan untuk membuat tempahan atau pembayaran. Ini adalah aplikasi scam (fail .apk)!

 

Langkah 4: Anda membenarkan aplikasi scam mengakses mesej anda


Setelah memuat turun aplikasi scam tersebut, anda menekan ‘Benarkan’ di paparan yang muncul tanpa berfikir panjang. Paparan ini adalah untuk meminta kebenaran untuk melihat dan menghantar mesej. Ini akan menyebabkan scammer dapat mencuri SMS anda yang mengandungi nombor TAC/OTP.

 

Langkah 5: Anda membayar dan log masuk tanpa mengesahkan imej dan frasa keselamatan anda

Aplikasi scam ini akan membawa anda ke laman pembayaran palsu yang akan menghantar nama dan kata laluan pengguna anda terus kepada scammer.

 

Langkah 6: Aplikasi scam menghantar nama pengguna, kata laluan dan SMS TAC anda kepada scammer


Scammer akan dapat mencuri wang dalam akaun anda pada bila-bila masa.

 

Nota: Walaupun scammer telah mempunyai akses kepada semua butiran perbankan anda, mereka mungkin tidak akan bertindak segera. Mereka boleh memilih untuk mencuri semua wang dalam akaun bank anda setelah anda menerima sejumlah wang yang besar.

Kongsikan tip-tip keselamatan ini dengan semua rakan dan keluarga anda!


Jadi, semak semua aplikasi yang ada dalam telefon anda dan padamkan aplikasi yang bukannya dari ‘app store’ rasmi kerana ia mungkin aplikasi scam yang boleh mencuri butiran perbankan terkini anda.

Sentiasa berwaspada untuk mengelak daripada menjadi mangsa:

  • JANGAN memuat turun aplikasi yang bukannya ‘app store’ yang rasmi.
  • JANGAN klik pautan yang dihantar melalui SMS, chat dan emel.
  • JANGAN log masuk jika anda tidak melihat imej dan/atau frasa keselamatan anda.

Jika anda syak yang ada telah terkena scam, anda boleh menggunakan Kill Switch yang akan menyahaktifkan akses Maybank2u anda untuk sementara waktu. Anda kemudiannya akan terus dilog keluar secara automatik dari semua sesi aktif anda. Ini akan menghalang semua percubaan log masuk yang seterusnya dan melindungi akaun anda. Ketahui lebih lanjut tentang Kill Switch di sini.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.