Back

Scam Iklan Pelayar Web Palsu

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Apakah scam iklan pelayar web palsu?


Anda mungkin tidak perasan tetapi sebenarnya dua hasil carian pertama yang tersenarai apabila anda lakukan carian Google adalah iklan. Scammer boleh menghasilkan iklan seperti ini untuk membawa anda ke laman web palsu yang hampir sama dengan laman web yang sah. Setelah anda diperdaya ke laman web palsu tersebut, anda mungkin akan kongsi maklumat perbankan dalam talian dan butiran peribadi kepada scammer tanpa anda sedari.

Bagaimana untuk melindungi diri anda daripada scam iklan pelayar web palsu ini?


  • Sentiasa taipkan semula maybank2u.com.my sepenuhnya apabila anda ingin log masuk ke Maybank2u
  • Jangan lakukan carian untuk Maybank/Maybank2u menerusi pelayar web anda
  • Pastikan pautan pada bar alamat adalah selamat

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.