Back

Kesedaran Scam QR

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Cara kekal selamat semasa mengimbas kod QR


Selain daripada scam emel dan SMS, QRishing atau Scam Kod QR, ialah sejenis pancingan data yang memperdaya pengguna dengan kod QR palsu. Scammer mencipta kod QR palsu yang kelihatan sahih, tetapi apabila diimbas, mereka membawa pelanggan ke:

  • laman web palsu
  • akaun individu/peniaga yang berbeza
  • fail muat turun perisian hasad

Adalah menjadi tanggungjawab setiap insan untuk melindungi maklumat peribadi dan mengekalkan integriti sistem perbankan. Pastikan anda menyemak kesahihah kod QR dan pautan untuk melindungi diri anda daripada scam.

Bagaimana melindungi diri anda daripada scam QR


  1. Sebelum mengimbas kod QR, teliti item seperti surat khabar, poster, majalah, risalah dan item lain, untuk sebarang kelainan, seperti pelekat yang menutupi kod QR asal.
  2. Apabila anda mengimbas kod QR untuk pembayaran, pastikan nama penjual yang betul/sahih dipaparkan sebelum anda meneruskannya.
  3. Pastikan kesahihan laman web dengan menyemak pautan lengkap URL (alamat laman web) apabila kod QR melancarkan pelayar web anda.
  4. JANGAN masukkan maklumat peribadi atau butiran akaun anda selepas mengimbas kod QR jika ia membawa anda ke laman web palsu atau berbeza.
  5. Jika anda diminta memasang aplikasi mudah alih selepas mengimbas kod QR, pastikan pautan, penerbit dan permintaan izin adalah sahih.
  6. Lindungi peranti anda daripada kandungan berniat jahat semasa melayari internet dengan memasang anti-virus, anti-perisian hasad dan atau mana-mana aplikasi pengimbasan kandungan web.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.