Back

Scam Penggantian Kad SIM

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Apakah scam penggantian kad SIM?


Scammer yang telah mendapatkan nombor telefon dan maklumat perbankan dalam talian anda seterusnya akan mencuri identiti anda dengan membuat penggantian kad SIM menerusi pengendali rangkaian telefon anda. Kemudian, mereka akan mencuri wang daripada bank akaun anda, menggunakan nombor telefon anda untuk mengambil alih akaun media sosial anda dan banyak lagi.

Bagaimana scam penggantian kad SIM ini boleh berlaku?


  • Maklumat perbankan dalam talian anda telah terjejas dan scammer berjaya mengambil alih akaun anda
  • Scammer kemudiannya akan menggunakan maklumat peribadi seperti nombor MyKad untuk memohon penggantian kad SIM baharu
  • Setelah mendapat kad SIM yang baharu, mereka akan mula melalukan transaksi tidak sah melalui akaun bank anda

Bagaimana untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa?


  • Jangan kongsi nama pengguna dan kata laluan anda dengan sesiapa
  • Selalu tukar kata laluan anda, sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan
  • Setiasa pastikan peranti anda dilindungi oleh perisian antivirus dan anti-malware yang dikemaskini melalui sumber yang sah

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.