Back

Scam Akaun Keldai

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari

Apa itu akaun keldai?


Akaun yang bukan milik scammer tetapi scammer tersebut boleh menggunakannya untuk transaksi kewangan yang tidak sah sambil menyembunyikan identitinya.

Apa yang akan terjadi kepada pemilik akaun keldai?


Sesiapa yang memiliki akaun keldai mungkin akan

  • Ditahan untuk siasatan
  • Didenda atau dipenjarakan selama 5 tahun, atau kedua-duanya skali
  • Disenaraihitamkan oleh Maybank
  • Tidak dapat membuka akaun Maybank di masa hadapan

4 cara scammer dapatkan akaun keldai


  1. Iklan jawatan kosong palsu

    Sekiranya anda melihat iklan jawatan kosong yang terlalu menarik, ia mungkin adalah scam! Ramai scammer yang menggunakan cara ini untuk mendekati, bersembang dan meminta anda memberikan butiran kad ATM dan maklumat perbankan anda kepada mereka dengan alasan untuk pemprosesan gaji. JANGAN terkena scam!
  2. Peminjam wang

    Mereka biasanya menarik perhatian mangsa dengan promosi pinjaman wang yang pantas dan mudah. Tetapi, mereka akan meminta kad ATM dan maklumat perbankan anda dengan alasan untuk menyemak wang dalam akaun anda. Dengan adanya kedua-dua ini, mereka kemudiannya akan dapat menggunakan akaun anda untuk memindahkan wang haram tanpa identiti mereka diketahui.
  3. Sewaan akaun bank

    SEMUA jenis sewaan akaun bank adalah scam. Anda akan ditawarkan bayaran oleh scammer untuk kad ATM dan maklumat perbankan dalam talian anda supaya mereka menggunakan akaun anda untuk memindahkan wang haram sambil menyembunyikan identiti mereka.
  4. Keluarga & kawan-kawan

    JANGAN kongsi kad ATM atau maklumat perbankan anda kepada sesiapa walaupun mereka adalah ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Selalunya, alasan yang diberikan adalah untuk membantu mereka menerima dan/atau memindahkan wang kepada pihak ketiga menggunakan akaun bank anda.

Bagaimana untuk kenal akaun keldai?


Jika anda ragu-ragu, anda boleh semak di semakmule.rmp.gov.my dahulu. Laman web ini membolehkan anda menyemak sama ada akaun bank anda telah terjejas atau jika akaun bank yang anda akan pindahkan wang itu ialah akaun keldai. Anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk melaporkan sebarang akaun keldai yang anda temui.

Adakah anda mengesyaki butiran perbankan peribadi anda tidak selamat?


Sekiranya anda memerlukan bantuan atau anda secara tidak sengaja telah menjejaskan butiran perbankan anda, hubungi nombor di belakang kad bank anda dengan segera.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.