Back

Scam Pancingan Data

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Apa itu scam pancingan data


Scam pancingan data berlaku apabila scammer memperdaya anda untuk mendapatkan maklumat peribadi seperti kata laluan perbankan, nombor akaun bank, nombor kad kredit atau pin ATM anda. Scammer mungkin menghubungi anda melalui emel, media sosial, panggilan telefon atau mesej untuk menipu anda supaya mengemas kini butiran perbankan atau membawa anda ke laman web palsu untuk memperoleh maklumat peribadi anda.

Bagaimana mengenal pasti scam pancingan data?

  • Anda menerima SMS, emel, panggilan telefon yang tidak dikenali atau mencurigakan yang meminta maklumat peribadi atau maklumat perbankan anda.
  • Scammer juga boleh menyamar sebagai wakil dari organisasi terkemuka dan meminta maklumat peribadi atau perbankan anda dengan alasan 'menyiasat' isu yang telah dimaklumkan kepada anda di awal perbualan.
  • Taktik scam adalah berbeza tetapi matlamatnya adalah sama - untuk mendapatkan maklumat peribadi atau perbankan anda supaya mereka boleh mencuri daripada anda.

Bagaimana melindungi diri anda daripada scam pancingan data

  • JANGAN kongsi nombor kad ATM, nombor PIN, nama pengguna, kata laluan dan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) anda.
  • JANGAN respons pada permintaan TAC oleh pihak ketiga untuk mengemas kini nombor telefon bimbit.
  • Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit (termasuk nombor kad kredit anda) melalui Internet/telefon atau mana-mana saluran lain.
  • Jika anda syak anda telah memberikan respons pada scam SMS, emel atau telefon, hubungi bank anda dengan segera.

Pancingan data melalui emel


Apa itu pancingan data melalui emel?

  • Pancingan atau ‘phishing’ ialah perkataan yang berasal daripada password (kata laluan) + fishing (memancing).
  • Scam pancingan data adalah bentuk kecurian identiti di mana emel spam dihantar kepada mangsa untuk menarik perhatian mereka agar mengemas kini maklumat perbankan.
  • Mangsa diperdaya untuk mengklik pada hiperpautan palsu yang dicipta oleh scammer, selagi mereka masih mempunyai emel itu.
  • Mangsa kemudiannnya dibawa ke laman log masuk palsu yang serupa dengan laman web Maybank2u.

Jangan sekali-kali respons pada emel yang:

  • Meminta anda untuk menyerahkan maklumat peribadi secara terus melalui emel atau dalam talian.
  • Meminta anda untuk mendaftar semula imej keselamatan, kapsyen dan soalan-soalan keselamatan.
  • Mengancam untuk menutup atau menggantung akaun anda jika anda tidak memberikan respons.
  • Mendakwa terdapat transaksi tidak sah dalam akaun anda dan memerlukan maklumat akaun anda.
  • Mendakwa bahawa akaun anda telah dikompromi dan meminta anda untuk memasukkan, mengesahkan atau mengakui maklumat akaun anda.
  • Meminta anda memasukkan nombor kad, kata laluan, ID pengguna atau nombor akaun anda ke dalam emel, tetingkap timbul atau laman web tidak selamat.
  • Meminta anda untuk mengesahkan alamat IP anda, mengesahkan, mengakui dan/atau mengemas kini akaun atau maklumat kad kredit anda.

Pancingan data melalui telefon


Apa itu pancingan data melalui telefon

  • Scammer sering memperdaya mangsa dengan menyamar sebagai wakil organisasi yang dipercayai - seperti bank anda, polis, pembekal utiliti atau syarikat komputer.
  • Walaupun scammer menggunakan pelbagai taktik, matlamat mereka tetap sama. Mereka ingin mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan anda, meyakinkan anda untuk memberikan kad atau wang tunai, atau menipu anda supaya memindahkan wang ke dalam akaun mereka.

Lindungi diri anda daripada pancingan data melalui telefon

  • JANGAN kongsi nombor kad ATM, nombor PIN, nama pengguna, kata laluan dan Kod Kebenaran Transaksi (TAC) anda.
  • JANGAN respons pada permintaan TAC oleh pihak ketiga untuk mengemas kini nombor telefon bimbit.
  • Kami menggalakkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberikan sebarang maklumat sulit (termasuk nombor kad kredit anda) melalui Internet/telefon atau mana-mana saluran lain.
  • Jika anda syak telah memberikan respons pada scam panggilan telefon dan memberikan butiran perbankan anda, hubungi bank anda dengan segera.

Pancingan data melalui SMS


Apa itu pancingan data melalui SMS?

  • Berlaku apabila scammer menggunakan mesej yang mengelirukan untuk memperdaya mangsa supaya memberikan maklumat peribadi atau kewangan.
  • Selain menyamar menjadi pegawai bank anda, scammer juga menyamar sebagai wakil daripada organisasi terkemuka untuk memaklumkan bahawa anda telah memenangi ganjaran.
  • Mesej tersebut mengandungi pautan untuk diklik atau nombor untuk dihubungi bagi pertanyaan dan penuntutan hadiah.
  • Jika ia adalah pautan, ia akan membawa anda ke laman web palsu yang akan mencuri maklumat log masuk bank anda.
  • Jika terdapat nombor telefon, itu bukan dari bank anda. Scammer di sebalik panggilan itu akan cuba meminta anda untuk memberikan maklumat seperti nama pengguna, kata laluan dan PIN.

Lindungi diri anda daripada pancingan data melalui SMS

  • Jangan balas mesej.
  • Berhati-hati jika ingin mengklik mana-mana pautan yang mungkin tersembunyi (embedded) atau menghubungi nombor dalam mesej.
  • Daftarkan nombor telefon bimbit anda untuk TAC.
  • Jangan daftarkan nombor telefon bimbit pihak ketiga untuk kod TAC anda.
  • Jika anda syak telah memberikan respons pada scam SMS dan memberikan butiran perbankan anda, hubungi bank anda dengan segera.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.