Click here for English
Click here for English
Kod Kebenaran Transaksi (TAC) adalah kod unik 6 digit yang digunakan untuk mengesahkan identiti sebelum anda melakukan transaksi melalui laman web Maybank2u. Setiap TAC hanya boleh digunakan sekali sahaja. Scammer akan berusaha untuk mencuri maklumat perbankan dan peribadi anda seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor telefon. Mereka mungkin akan menghubungi anda melalui emel, media sosial, panggilan telefon atau mesej untuk memperdaya anda supaya memberikan kod TAC agar mereka dapat melengkapkan transaksi perbankan dalam talian.