Back

Tip-tip Keselamatan ATM

Jika mengesyaki terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Scam ATM


Berhati-hati dengan scammer yang memperdaya anda untuk berurus niaga melalui ATM.

Apa itu scam ATM?

  • Scam panggilan telefon: Scammer menyamar sebagai wakil daripada organisasi penting seperti PDRM/SPRM/BNM/Kastam/Mahkamah. Mereka menghubungi pelanggan dan meminta pemindahan wang ke akaun pihak ke-3 yang tidak dikenali. Pelanggan diancam dengan tindakan undang-undang jika tidak mematuhi arahan tersebut.
  • Scam SMS: Scammer menghantar mesej kepada pelanggan, mendakwa mereka memenangi hadiah dalam peraduan. Untuk menebus hadiah, mereka meminta pelanggan untuk memindahkan wang ke akaun tertentu. Selepas wang dipindahkan, scammer dengan cepat mengeluarkannya melalui pengeluaran tunai atau pemindahan pihak ke-3.

 

Apakah yang akan anda lakukan jika menerima scam panggilan telefon atau scam SMS?

  • JANGAN dedahkan butiran peribadi seperti IC, nombor PIN, butiran akaun dan sebagainya.
  • JANGAN ikut arahan daripada pemanggil yang tidak dikenali.
  • WASPADA terhadap panggilan yang meminta anda memindahan dana ke akaun yang tidak dikenali.
  • INGAT! Bank tidak akan meminta anda mendedahkan butiran melalui telefon.
  • HUBUNGI khidmat pelanggan kami di 1300-88-66-88 dengan segera jika ada keraguan.
  • WASPADA terhadap SMS daripada scammer, kerana SMS bank tidak mengandungi nombor telefon.

 

SMS PALSU

SMS SEBENAR

ATM MBB: Pengeluaran RM5000 sehari untuk Kad ATM Maybank No berakhir 3621 pada 26-Jul-2020 untuk pengesahan, sila hubungi 01126934288. Terima kasih

ATM MBB: Pengeluaran RM5000 sehari untuk nombor kad Debit Maybank berakhir 5200 pada 22-03-22. Untuk pengesahan, hubungi nombor di belakang kad anda. Terima kasih

Kesedaran keselamatan ATM: Pemberitahuan SMS (SMS Alert) untuk transaksi melalui ATM


Apa itu Pemberitahuan SMS (SMS Alerts) untuk transaksi melalui ATM?

  • Semua pemegang kad debit Maybank yang telah mendaftar akan ditawarkan perkhidmatan untuk menerima makluman mengenai pengeluaran ATM berlebihan daripada akaun mereka.
  • Pemberitahuan SMS akan dihantar ke telefon bimbit pelanggan apabila transaksi ATM mereka memenuhi parameter yang ditetapkan oleh bank.
  • Tiada bayaran dikenakan kepada pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan ini.
  • Semua pemegang kad debit Maybank dinasihatkan untuk mendaftar bagi perkhidmatan ini.

 

Pendaftaran ‘SMS Alerts’

  • SMS akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Bank.
  • Pelanggan harus mengemas kini nombor telefon bimbit Malaysia berdaftar terkini mereka dengan Bank.
  • Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana ATM Maybank. Ini cara-caranya: 
    Langkah 1: Masukkan kad ATM dan nombor PIN anda
    Langkah 2: Di bawah menu utama, pilih ‘Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts’
    Langkah 3: Pilih 'ATM SMS Alerts'
    Langkah 3: Pilih ‘Daftar ATM SMS Alerts’
    Langkah 5: Masukkan nombor telefon bimbit anda dan pilih ‘Ya’ untuk melengkapkan dan mengesahkan pendaftaran, dan selesai! 

 

Makluman diterima untuk transaksi tidak sah

  • Hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank (nombor tertera di belakang kad Debit) dan laporkan kepada Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan kami dengan serta-merta untuk langkah segera.

 

‘SMS Alerts’untuk Akaun Bersama

  • Syarat bagi pelanggan dengan Akaun Bersama untuk menerima ‘SMS Alerts’ adalah kedua-dua pemegang akaun perlu memautkan kad debit mereka dan mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka.
  • Pemegang kad akan menerima ‘SMS Alerts’ untuk transaksi menggunakan kad masing-masing. Contoh: Pelanggan A dan B dengan Akaun Bersama mempunyai kad debit yang dipautkan ke akaun tersebut dan mendaftarkan nombor telefon bimbit mereka untuk penerimaan SMS.

    Pelanggan A
    Nombor kad: 4283 **** **56 2101
    Nombor telefon bimbit: 011 **** 123

    Pelanggan B
    Nombor kad: 4283 **** **57 2102
    Nombor telefon bimbit: 012 **** 456

 

‘SMS Alerts’ semasa melancong ke luar negara

  • SMS hanya akan dihantar ke nombor telefon Malaysia berdaftar.
  • Pelanggan mesti mengaktifkan kemudahan ‘roaming’ ketika berada di luar negara.

 

Pengeluaran ATM luar negara

  • Pelanggan yang melancong ke luar negara boleh melakukan pengeluaran ATM selepas pengaktifan perkhidmatan pengeluaran ATM luar negara (pengaktifan kad Debit luar negara).
  • Pengaktifan boleh dilakukan melalui M2U dan ATM yang terletak di Maybank Malaysia, Maybank Kemboja dan Brunei sahaja.
  • Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk pengaktifan ialah 12 bulan; walau bagaimanapun, pelanggan dinasihatkan untuk mengurangkan risiko terdedah kepada bahaya dengan mengaktifkan bendera negara tersebut apabila menggunakan ATM semasa berada di luar negara dan menyahaktifkannya serta-merta selepas melakukan transaksi.
  • Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pengaktifan melalui M2U dan ATM:

 

M2U

Log masuk ke M2U > 'Settings' > 'Cards' > 'Manage Debit Card' > 'Overseas Debit Card Activation' > Luncurkan butang untuk 'ON' > Klik 'Activate' > Luluskan permintaan pengaktifan melalui Secure2U atau nombor TAC.

 

ATM

Langkah 1: Masukkan kad ATM dan nombor PIN anda

Langkah 2: Di bawah menu utama, pilih ‘Lain-Lain Perkhidmatan’

Langkah 3: Pilih 'Perkhidmatan ATM Plus' dan kemudian pilih 'Aktifkan (Sementara)'

Langkah 4: Masukkan nombor ID untuk dan pilih ‘Ya’ untuk pengesahan

Langkah 5: Masukkan tarikh mula dan tarikh akhir penggunaan kad di luar negara, dan selesai!

 

Pembatalan daripada menerima ‘SMS Alerts’?

  • Perkhidmatan ini ditawarkan kepada pelanggan dengan objektif untuk memaklumkan mereka tentang transaksi yang mencurigakan pada akaun mereka. Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk memilih perkhidmatan tersebut.
  • Namun begitu, pelanggan boleh membatalkan pendaftaran untuk ‘SMS Alert’ melalui ATM. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
    Langkah 1: Masukkan kad ATM dan nombor PIN anda
    Langkah 2: Di bawah menu utama, pilih ‘Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts’
    Langkah 3: Pilih 'ATM SMS Alerts'
    Langkah 4: Pilih ‘Batal ATM SMS Alerts’ dan pembatalan anda berjaya!

Tip-tip keselamatan semasa melakukan pengeluaran tunai


Pelanggan perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka semasa melakukan pengeluaran tunai di ATM/SRM (mesin dwifungsi - pengeluaran & deposit tunai).

Beberapa perkara penting untuk dipraktikkan:

  • Sentiasa fokus dan berwaspada terhadap persekitaran semasa melakukan transaksi di ATM atau SRM.
  • Jangan merekod video atau mengambil gambar yang dapat mengalihkan perhatian saat berurus niaga di ATM atau SRM.
  • Sentiasa ingat untuk mengambil kad dan wang tunai anda sebelum meninggalkan ATM atau SRM.
  • Pastikan jumlah wang tunai yang anda ambil sama dengan jumlah pengeluaran yang dimaksudkan.

Tip-tip keselamatan semasa mendepositkan tunai


Berikut adalah beberapa langkah tambahan yang perlu diambil untuk melindungi diri anda semasa melakukan mendeposit tunai di SRM (mesin dwifungsi—pengeluaran & deposit tunai).

Lindungi wang tunai anda di tempat awam

  • Kira wang tunai anda sebelum memasuki kawasan Layan Diri.
  • Pastikan wang kertas yang disimpan tidak dilipat, renyuk, atau mengandungi sebarang objek asing (klip kertas, cincin, atau gelang getah).
  • Semak semula dan sahkan nama penerima yang dipaparkan pada skrin.
  • Semak semula dan sahkan jumlah yang dipaparkan pada skrin pengesahan.
  • Jangan masukkan mata wang asing ke dalam mesin.
  • Pastikan anda menekan butang ‘sahkan deposit’ untuk menyelesaikan transaksi anda.
  • Tunggu sehingga transaksi deposit selesai sepenuhnya dan dapatkan resit anda sebelum meninggalkan SRM.

 

Jangan masukkan sebarang objek asing ke dalam SRM

  • Jangan masukkan/masukkan objek asing ke dalam mesin (gelang getah, kertas, tiket letak kereta atau klip).
  • Jangan masukkan wang kertas yang kotor/koyak/rosak ke dalam mesin.
  • Jangan masukkan wang kertas yang renyuk/dilipat ke dalam mesin.

Waspada dengan scam CINTA!


Adakah anda sedang menggunakan media sosial atau aplikasi dating untuk berkenalan dengan orang baharu? Jika ya, sila baca. Jika orang yang baru anda temui dalam talian meminta bantuan kewangan, AWAS! Mereka mungkin hanya scammer CINTA. Ketahui cara untuk mengesan scam CINTA:

  • Scammer akan mencipta profil palsu dalam talian dan menyiarkannya di laman web dating yang sah.
  • Scammer akan memujuk mangsa untuk mendapatkan kepercayaan mereka dengan cepat dan menyatakan cinta mereka.
  • Mereka mereka cerita sedih untuk meyakinkan mangsa agar memindahkan wang kepada mereka.
  • Malangnya, jumlah itu tidak akan pernah cukup, dan mangsa akan diminta untuk memberi lebih banyak wang.
  • Scammer akan memberikan alasan untuk tidak bertemu secara bersemuka atau menolak berkomunikasi melalui panggilan video.

INGAT! Scammer tidak romantis. Jangan biarkan mereka mencuri hati atau akaun bank anda. Lindungi diri anda daripada scam cinta dengan:

  • Berhati-hati terhadap apa yang anda kongsikan dengan orang ramai. Scammer boleh menggunakan maklumat yang dikongsi di akaun media sosial anda untuk mengenali sasaran mereka dengan lebih baik.
  • Menjadi orang yang ingin tahu dan selalu bertanya. Ambil masa untuk benar-benar mengenali rakan baru atau calon pasangan anda. Perhatikan jika adanya percanggahan dalam cerita yang mereka kongsikan dengan anda. Jangan biarkan scammer menjalinkan hubungan yang terlalu cepat dengan anda.
  • Dapatkan pandangan dari keluarga atau rakan anda dengan berkongsi cerita tentang orang yang anda kenal secara dalam talian. Mereka mungkin dapat mengenali tanda-tanda scammer dengan lebih mudah.
  • Selalu berhati-hati dengan permintaan wang. Jangan pernah menghantar wang atau memberikan maklumat perbankan anda kepada kenalan dalam talian.

Apabila sesuatu kedengaran indah khabar dari rupa, SENTIASA BERJAGA-JAGA dan PEKA. Jangan tergesa-gesa untuk memindahkan wang tanpa pengesahan yang betul! Semak sumber dengan pihak berkuasa yang berkenaan! Sentiasa berwaspada dan lindungi akaun bank anda dengan mendaftar untuk Maybank SMS Alerts untuk menerima pemberitahuan!

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.