Back

Tip-tip Keselamatan Kad Debit

Jika mengesyaki terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Amalkan tip-tip ini untuk melindungi butiran kad anda


Kad ternyata menjadikan kehidupan harian kita lebih mudah. Anda tidak perlu lagi membawa wang tunai atau terlepas jualan murah hanya kerana kekurangan tunai. Sama ada anda membeli-belah secara dalam talian atau di kedai, terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk melindungi kad anda daripada penggunaan yang tidak sah.

Lindungi kad anda daripada penipuan

  • Segera tandatangani kad anda sebaik sahaja anda menerimanya.
  • Pastikan anda menyimpan kad anda dengan selamat. Segera hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank untuk melaporkan jika kad anda hilang atau dicuri.
  • Jangan pinjamkan kad anda kepada sesiapa sahaja.
  • Jangan dedahkan butiran kad anda kepada sesiapa sahaja.
  • Jangan simpan PIN bersama kad anda atau dedahkannya kepada sesiapa sahaja.
  • Simpan nombor telefon Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank kami jika kad anda hilang/dicuri, terdapat transaksi tidak sah atau pendedahan PIN.
  • Potong kad anda yang telah tamat tempoh kepada dua apabila anda menerima kad baharu.

Semak transaksi kad anda

  • Semak semua butiran pada slip transaksi sebelum menandatangani atau mengesahkannya.
  • Pastikan anda menyimpan slip transaksi dan semak dengan penyata kad anda apabila ia tiba.
  • Segera laporkan kepada Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank jika terdapat sebarang kesilapan atau transaksi yang tidak sah.
  • Hapuskan semua salinan slip transaksi atau yang tidak diperlukan sebelum membuangnya.

Tip-tip keselamatan


Adakah transaksi tanpa sentuh selamat?

 

Adakah pembayaran tanpa sentuh selamat?

 

Sejauh manakah tahap keselamatan pembayaran mudah alih?

Apa yang anda perlu dan tidak perlu buat


Buat

  1. Menerima kad baharu, diperbaharui atau diganti
    • Apabila anda menerima kad baharu/diperbaharui/diganti, periksa pakej untuk memastikan ia dibungkus dengan rapi dan pada kad tersebut terdapat nama anda. Jika pakej diusik atau kad tersebut bukan milik anda, segera hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank.
    • Selepas mengesahkan bahawa kad adalah milik anda, segera musnahkan kad lama/tamat tempoh/tidak boleh digunakan lagi, dengan memotongnya kepada beberapa bahagian untuk memastikan cip dan jalur magnetiknya rosak sepenuhnya.
    • Segera tandatangani panel di belakang kad anda setelah menerimanya.
  2. Menggunakan kad anda di kedai
    • Jaga kad anda seperti wang tunai. Simpan di tempat selamat atau dalam simpanan anda sepanjang masa.
    • Teliti dan pastikan kad yang betul dikembalikan kepada anda setelah setiap pembelian.
    • Pastikan semua transaksi dibuat/dibenarkan oleh anda (secara bersemuka, melalui telefon/Internet).
    • Pastikan slip transaksi adalah betul sebelum anda menandatanganinya.
  3. Penggunaan dalam talian
    • Daftar untuk Maybank Secure Online Shopping (MSOS) bagi memastikan perlindungan dan transaksi dalam talian yang selamat.
    • Apabila membeli-belah dalam talian, hanya kongsi maklumat kad anda dengan laman web yang sebenar dan boleh dipercayai. Peniaga yang baik menggunakan penyulitan (encryption) untuk melindungi butiran kad anda.
    • Sila elakkan daripada menggunakan komputer awam untuk membeli-belah secara dalam talian. Jika anda berbuat demikian, pastikan anda log keluar dan menutup pelayar setelah selesai. Ini untuk mengelakkan seseorang menekan "back button" untuk melihat maklumat peribadi anda.
    • Pastikan anda telah menyemak dasar pembayaran, bayaran balik, pemulangan dan penghantaran sebelum melengkapkan pembelian dalam talian.
    • Sentiasa cetak dan simpan pengesahan apabila membeli dalam talian. Rekod dan simpan resit untuk semua pembelian, termasuk yang dalam talian.
  4. Mengurus & memfailkan penyata anda
    • Pastikan peti surat anda dikunci, ambil surat anda dengan segera dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang tanda kecurian identiti. Hubungi Bank jika anda tidak menerima penyata kad tepat pada masanya.
    • Carik semua dokumen (slip transaksi, penyata, dll.) yang mengandungi butiran kad sebelum anda membuangnya.
    • Pastikan anda menyemak penyata kad dan laporkan segera jika terdapat transaksi yang bukan milik anda atau tidak sah.
  5. Jika kad hilang/dicuri
    • Simpan nombor telefon Bank anda untuk laporkan segera jika kad anda hilang atau dicuri. Sentiasa maklumkan kepada Bank anda jika kad anda hilang atau dicuri, serta periksa dompet secara berkala untuk memastikan tidak ada yang hilang.
  6. Tukar alamat/nombor untuk dihubungi/emel
    • Maklumkan terlebih dahulu kepada Bank mengenai alamat surat menyurat, nombor telefon bimbit dan alamat terkini anda untuk membolehkan Bank melakukan pengesahan sekiranya terdapat transaksi luar biasa atau mencurigakan.
  7. Waspada dengan scam
    • Berhati-hati dengan gimik dan taktik jualan yang meminta butiran kad anda, contohnya, peraduan "GORES & MENANG" atau peraduan yang dihantar melalui SMS.
    • Jika anda menerima panggilan daripada Telepemasaran (Telemarketer), adalah bijak untuk bertanya soalan. Semakin sedikit soalan yang mereka dapat jawab dengan baik, semakin besar kemungkinan mereka menjalankan perniagaan tidak sah.
    • Jangan berikan nombor kad anda melalui telefon, melainkan anda yang membuat panggilan.
    • Pastikan panggilan dibuat kepada syarikat yang sahih dan boleh dipercayai.
  8. Lindungi peranti dan rangkaian anda

    Ada beberapa langkah terbaik yang anda boleh ikuti untuk melindungi maklumat digital anda:

    • Pastikan komputer anda dilengkapi tembok keselamatan (firewall). Penting juga untuk anda menukar kata laluan dan memastikan tembok keselamatan aktif untuk melindunginya dari serangan luar.
    • Muat turun dan pasang kemas kini pada sistem pengendalian (OS), perisian dan pelayar anda apabila diminta. Kemas kini ini menyediakan ciri keselamatan terkini untuk melindungi komputer anda dan maklumat yang disimpan di dalamnya.
    • Pasang perisian keselamatan pada komputer anda untuk melindunginya. Terdapat dua jenis antivirus yang sering digunakan, iaitu antivirus yang melindungi daripada kod hasad dan anti-perisian intip yang menghalang pemantauan aktiviti anda. Walaupun anda sudah mempunyai perisian keselamatan, elakkan memuat turun program atau fail daripada sumber yang tidak diketahui.
    • Elakkan daripada menggunakan Wi-Fi awam apabila melakukan transaksi berkaitan perbankan. Gunakan data telefon bimbit atau rangkaian peribadi yang dipercayai untuk mengakses perkhidmatan perbankan.

 

 Jangan Buat

  1. Melindungi kad anda
    • Jangan sekali-kali meninggalkan kad anda di tempat yang tidak selamat, sama ada di rumah atau di pejabat, di mana orang lain boleh menggunakannya. Jika anda tidak akan menggunakan kad tersebut, simpanlah di tempat yang selamat.
    • Jangan tinggalkan kad di dalam laci kereta anda.
    • Jangan sekali-kali menandatangani resit jualan kosong. Apabila menandatangani resit, potong (lukis garisan) pada mana-mana ruang kosong di atas jumlah keseluruhan.
    • Jangan pinjamkan kad anda kepada sesiapa. Kad anda tidak boleh dipindah milik.
  2. Melindungi pin dan maklumat peribadi anda
    • Semasa mencipta kata laluan dan PIN, elakkan menggunakan apa sahaja yang mudah dikaitkan dengan diri anda, seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan sebagainya.
    • Jangan simpan maklumat sedemikian di dalam dompet anda.
    • Tukar kata laluan secara berkala dan pilih kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun. Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk akaun bank dan laman web beli-belah.
    • Jangan bawa PIN anda bersama kad anda atau dedahkannya kepada sesiapa sahaja.
    • Jangan sekali-kali menghantar maklumat akaun, seperti nombor akaun atau PIN, melalui emel, kerana ia mungkin dipintas.
    • Jangan dedahkan butiran peribadi atau butiran kad anda kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali.
    • Berhati-hati dengan scammer yang menyamar sebagai pegawai Bank dan meminta "pengesahan" butiran akaun anda (melalui panggilan telefon/emel). Bank telah memiliki butiran anda dan tidak memerlukannya daripada anda.
    • Jika anda tidak pasti, sila hubungi Bank untuk pengesahan/penjelasan lanjut.
  3. Penggunaan dalam talian
    • Jangan sekali-kali memberikan maklumat kad anda pada mana-mana laman web yang tidak selamat.
    • Jangan sekali-kali memberikan maklumat kad anda secara dalam talian melainkan anda membuat pembelian.
    • Jangan memberikan respons pada emel yang meminta maklumat kad anda atau yang meminta anda pergi ke laman web untuk mengesahkan maklumat peribadi dan/atau kad .
    • Waspada dengan emel yang menawarkan perkhidmatan kredit. Kebanyakkan emel tersebut adalah scam.
    • Jangan sekali-kali klik pada pautan Internet dalam emel. Sebaliknya, taip URL dalam pelayar, contohnya www.maybank2u.com.my

 

Ada transaksi yang mencurigakan pada penyata anda?

Untuk memudahkan pertanyaan atau pertikaian mengenai transaksi tersebut, cetak dan isi Dispute Form (PDF) dengan maklumat yang diperlukan.

Lampirkan salinan dokumen yang berkaitan atau Draf Jualan, kemudian emelkan kepada kami di disputemgmt@maybank.com.my atau hantarkan kepada kami di alamat berikut:

Maybank Credit Card Centre
c/o Customer Service
7th Floor, Menara Maybank

Lindungi transaksi dalam talian


Internet telah menjadi pasaran global yang luas untuk barangan dan perkhidmatan. Bagi memastikan kemajuan e-dagang, penting bagi pengguna berasa selamat ketika menggunakan kad dan berkongsi maklumat kewangan lain. Ketika data bergerak merentasi rangkaian, ia melalui pelbagai komputer yang membuka peluang bagi pemintasan maklumat sulit. Penggodam juga berpotensi mencuri data yang disimpan.

Bagaimana ini boleh menjejaskan anda? Katakan anda ingin membeli barangan dari kedai dalam talian. Apabila anda memberikan nombor kad anda, bagaimana anda boleh memastikan bahawa ia akan selamat dan terlindung semasa bergerak dari komputer anda ke destinasi akhir? Dalam konteks perniagaan dalam talian yang semakin berkembang, usaha dan penggunaan sumber yang besar diperlukan untuk memastikan keselamatan transaksi Internet.

Ini dilakukan melalui teknologi pengesahan yang dikenali sebagai 3-D Secure. MSOS (Maybank Card Secure Online Shopping) merupakan satu perincian yang dibangunkan oleh Visa dan MasterCard untuk mempercepatkan transaksi dalam talian dan menggalakkan industri e-dagang. Protokol 3-D Secure merupakan platform teknikal yang menetapkan keperluan bagi Bank, pemproses pembayaran dan kedai dalam talian. Ia membolehkan kedai dalam talian mengesahkan bahawa anda adalah pemegang kad yang sah semasa membuat pembelian. Dengan MSOS, anda perlu memasukkan kod unik dalam tetingkap berasingan sebelum transaksi diluluskan. Dengan menggunakan kod ini, yakinlah bahawa maklumat kad anda terlindung dan tidak boleh diakses oleh pihak lain. Anda perlu memasukkan kod atau kata laluan anda dalam Tetingkap Pengesahan Selamat Maybank (Maybank Secure Authentication Window) sebelum pembelian dalam talian anda dapat diluluskan.

Semua transaksi kewangan dalam talian hendaklah dijalankan dengan selamat. Kebanyakan kedai dalam talian mempunyai halaman selamat, melalui notis yang dipaparkan di laman web. Selain itu, anda juga mungkin akan melihat Tetingkap Pengesahan Selamat yang kecil seperti 'Secure Code' atau 'Verified by Visa', menunjukkan penggunaan teknologi keselamatan oleh laman web tersebut.

Jika anda tidak selesa menghantar maklumat sensitif, kebanyakan laman web menyediakan nombor telefon yang boleh anda hubungi untuk memberikan nombor kad anda.

Kecurian identiti


Kecurian identiti sering menjadi topik hangat, tetapi terdapat banyak salah tanggapan tentang cara terbaik untuk melindungi diri anda.

Walaupun sesetengah pencuri identiti mungkin menyasarkan kad anda dan memaksimumkan kad tersebut sebelum anda menyedari ia hilang, semakin ramai yang menggunakan satu maklumat sahaja, seperti nombor kad, untuk mencuri keseluruhan identiti anda.

Meskipun ramai orang bimbang tentang keselamatan maklumat kad semasa membeli-belah dalam talian, perlu diingat bahawa pencuri identiti masih menggunakan kaedah berteknologi rendah untuk mencuri data peribadi. Oleh itu, penting untuk anda berhati-hati dan melindungi dokumen peribadi, waspada ketika berkongsi maklumat melalui telefon dan berjaga-jaga terhadap risiko kecurian maklumat peribadi.

Tiada siapa yang terkecuali dari kecurian identiti, tetapi dengan pengetahuan tentang taktik pencuri identiti dan penggunaan akal fikiran, anda dapat mencegahnya.

 

Pencuri tidak memerlukan nombor kad anda untuk mencurinya

Pencuri identiti tidak memerlukan kad anda untuk mencuri identiti anda. Mereka sangat licik; kadangkala, hanya dengan satu maklumat tentang anda, mereka dapat memperoleh akses kepada maklumat lain dengan mudah. Oleh itu, adalah penting untuk menyimpan dokumen penting di rumah. Simpanlah sijil kelahiran, MyKad dan pasport di peti simpanan selamat atau di dalam peti besi yang tersembunyi di rumah. Ini juga termasuk kad apabila tidak digunakan.

 

Maklumat peribadi bukan kewangan yang didedahkan dalam talian sering kali mencukupi bagi pencuri

Berhati-hati dengan butiran peribadi yang kelihatan tidak penting, yang boleh digunakan oleh pencuri identiti. Sebagai contoh, jangan sekali-kali memaparkan tarikh lahir penuh di laman sosial atau laman web lain. Selain itu, elakkan berkongsi alamat rumah atau nombor telefon pada laman web peribadi atau perniagaan, termasuk laman web cari kerja.

 

Waspada dengan surat pos

Anda harus peka dengan kitaran pengebilan anda. Jika bil kad atau bil lain belum diterima, ini mungkin petanda pencuri identiti telah mendapat akses kepada akaun anda dan menukar alamat pengebilan. Jangan letakkan surat di peti surat atau dipintu untuk diambil oleh penghantar, kerana orang lain boleh mengambilnya dan mendapatkan maklumat kewangan anda. Sebaiknya bawa sendiri ke pejabat pos.

 

Semak semua penyata bank dan kad setiap bulan, sebaik-baiknya seminggu sekali

Berhati-hati dengan caj kurang daripada RM1 atau RM2 oleh syarikat atau individu yang tidak dikenali. Pencuri identiti sering menguji nombor kad yang dicuri dengan membuat caj kecil, kadangkala hanya beberapa sen, untuk memeriksa keaktifan kad tersebut. Jika caj ini tidak disedari, mereka akan meneruskan untuk membuat transaksi yang lebih besar. Mereka beranggapan bahawa kebanyakan orang tidak menyedari caj sekecil itu. Selain itu, kebanyakkan amaran penipuan pada akaun anda mungkin tidak mengesan jumlah kecil ini. Walaupun menyemak laporan secara berkala adalah idea yang baik, selalunya sudah terlambat apabila anda sedar ada transaksi yang tidak sah.

 

Jika ATM atau terminal pembayaran di kedai kelihatan mencurigakan, jangan gunakannya

Pastikan tiada peranti yang bercantum pada mana-mana slot kad ATM yang anda gunakan.

Kebiasaannya, slot untuk memasukkan kad pada ATM sepatutnya berukuran kecil. Jika anda melihat atau rasa perbezaan pada slot kad atau terdapat sekeping plastik tambahan yang menonjol dari slot, kemungkinan ia adalah skimmer. Skimmer adalah peranti elektronik yang dipasang oleh pencuri untuk mencuri maklumat kad anda semasa anda meleretnya. Jika anda menyedarinya setelah anda memasukkan kad anda, segeralah maklumkan kepada Bank anda agar mereka dapat memantau sebarang aktiviti penipuan pada akaun anda.

 

Pencuri identiti menyasarkan pengembara dan pelancong

Pelancong harus berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali yang berlegar-legar setiap kali mereka menggunakan kad di mesin ATM atau telefon. Mereka harus menghindari penggunaan Internet tanpa wayar di tempat umum melainkan komputer riba atau PDA mereka mempunyai perlindungan keselamatan yang kukuh.

 

Sentiasa peka ketika membuat pembayaran di kaunter

Berhati-hati jika juruwang atau jurujual mengambil kad anda dan berkelakuan mencurigakan, seperti berpaling atau mengambil masa terlalu lama untuk transaksi biasa. Mereka mungkin menggunakan terminal skimming untuk mencuri butiran kad anda. Walau bagaimanapun, mereka tidak memerlukan alat khas untuk mencuri maklumat anda. Mereka boleh mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad anda menggunakan telefon bimbit atau sekadar menukar kad tersebut. Oleh itu, sentiasa periksa kad anda apabila ia dikembalikan dan pastikan ia adalah milik anda. Kadangkala, mereka boleh menukar kad anda tanpa anda sedari dan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk anda menyedarinya.

 

Lakukan urus niaga tanpa kertas sekerap yang mungkin

Kurangkan kuantiti surat yang diterima daripada Bank dan institusi kewangan dengan menghentikan bil dan penyata kertas. Sebaliknya, akses penyata kewangan anda melalui laman web Maybank2u. Ia juga baik untuk alam sekitar. Kami juga menggalakkan anda untuk menghapuskan resit kertas dan penyata kewangan yang diterima menggunakan mesin pencincang dan bukan membuangnya ke dalam bakul sampah. Jangan sekali-kali membuang slip kad. Sebaliknya, carikkan apa sahaja yang mengandungi nombor, nama atau alamat padanya.

Pengumuman keselamatan mengenai 'Card-not-Present' untuk transaksi dalam talian bukan 3D (tidak terjamin) dan Pengaktifan Bendera Luar Negara


Pelanggan Yang Dihormati,

Sila ambil perhatian tentang pengumuman keselamatan mengenai 'Card-not-Present' untuk transaksi dalam talian bukan 3D (tidak terjamin) dan Pengaktifan Bendera Luar Negara. 

'Card-Not-Present' untuk transaksi dalam talian

Transaksi ‘Card-Not-Present’ (CNP) merujuk kepada transaksi perbelanjaan runcit di mana pemegang kad tidak hadir secara fizikal (tidak bersemuka) dengan peniaga ketika pembayaran dilakukan. Contoh transaksi CNP termasuk transaksi dalam talian bukan 3D (tidak terjamin) atau transaksi pesanan mel/pesanan telefon (MOTO).

Selaras dengan garis panduan pengawal selia, semua bank diwajibkan untuk menghalang transaksi CNP yang tidak disahkan melalui kaedah pengesahan yang kukuh, seperti penggunaan kata laluan dinamik menggunakan kad debit, kecuali jika pemegang kad secara jelas memilih untuk melaksanakan transaksi tersebut. Langkah ini diambil untuk melindungi pemegang kad daripada menjadi mangsa transaksi yang tidak sah.

Pemegang kad perlu menyedari bahawa mengaktifkan kad debit untuk transaksi CNP yang tidak disahkan melalui pengesahan kukuh boleh mengancam akaun mereka dan menjurus kepada penyalahgunaan maklumat kad. Ini mendedahkan mereka kepada risiko pembelian atau penggunaan kad yang tidak sah. Oleh itu, pemegang kad dinasihatkan untuk melayari laman web yang selamat semasa melakukan pembelian dalam talian dan transaksi Internet, serta selalu memantau aktivitti di akaun mereka untuk menghindari penipuan.

Bendera Kad Debit Luar Negara

Bendera Luar Negara Kad Debit adalah penunjuk yang pemegang kad perlu mengaktifkannya untuk mendapatkan akses kepada ATM di seluruh dunia untuk pengeluaran tunai dan transaksi Titik Jualan (POS) di luar negara.

Apabila pemegang kad telah mengaktifkan bendera kad debit mereka di luar negara untuk sebarang penggunaan antarabangsa, mereka dinasihatkan supaya peka bahawa terdapat risiko kad debit mereka mungkin tidak mempunyai ciri pengesahan selamat untuk transaksi ATM/POS, yang mungkin berbeza antara negara/peniaga. Transaksi tidak sah mungkin berlaku jika data pemegang kad dikompromi.

Oleh itu, pemegang kad dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa melakukan transaksi di luar negara bagi mengelakkan sebarang kes penipuan.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.