Back

Tips Keselamatan Perbankan Dalam Talian

Jika terkena scam, segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.

Tips Keselamatan Perbankan Dalam Talian


  1. Masukkan URL secara manual
    • Sentiasa masukkan alamat URL Maybank2u (https://www.maybank2u.com.my) ke dalam pelayar anda untuk memastikan anda memasuki laman web rasmi Maybank2u.
  2. Pengesahan imej
    • Hanya log masuk jika anda melihat imej dan frasa keselamatan pilihan anda.
    • Jika anda melihat imej atau frasa yang lain dari pilihan anda, JANGAN TERUSKAN.
    • JANGAN masukkan kata laluan anda jika imej tidak tersedia atau "Loading" atau anda dikehendaki untuk mendaftar semula imej keselamatan anda dan soalan cabaran.
  3. Cipta nama pengguna yang kukuh
    • Jangan kongsi nama pengguna anda dengan orang lain
    • Jadikan nama pengguna anda unik, di mana ia terdiri daripada antara 6 hingga 16 aksara abjad angka (huruf besar dan kecil) dengan . (titik noktah) dan _ (garis bawah) dan jangan gunakan aksara khas lain.
    • Contoh nama pengguna yang kukuh: M0hD_Fa1z.
    • Gunakan nama pengguna yang berbeza untuk setiap akaun dalam talian
  4. Lindungi kata laluan anda
    • Jangan kongsi kata laluan anda dengan orang lain.
    • Pastikan kata laluan anda unik dan mempunyai gabungan jenis aksara yang berbeza: huruf (huruf besar dan kecil), nombor dan aksara khas.
    • Sediakan kata laluan berbeza untuk setiap akaun dalam talian anda.
    • Tukar kata laluan anda beberapa kali setahun.
  5. Gunakan pengesahan Secure TAC jika anda diminta untuk berikannya

    • Untuk meningkatkan lagi keselamatan anda, anda mungkin akan mengalami pengesahan baharu ini semasa ingin log masuk ke laman web M2U.
    • Semasa log masuk, jika anda diminta untuk berikan nombor Secure TAC, anda perlu mendapatkannya melalui aplikasi MAE
    • Untuk mendapatkan nombor Secure TAC, lancarkan aplikasi MAE, tekan 'Secure2u' di bawah Quick Actions, dan nombor Secure TAC akan dipaparkan
    • Masukkan nombor 6 digit Secure TAC dan teruskan untuk memasukkan kata laluan anda
  6. Baca dengan teliti sebelum anda meminta dan meluluskan sebarang transaksi menggunakan Secure2u.
  7. Semak akaun anda
    • Sentiasa semak akaun dan penyata bank anda.
    • Hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 sekiranya terdapat transaksi tidak sah atau sebarang percanggahan.
  8. Pengesahan laman web
    • Sebelum memasukkan nama pengguna dan kata laluan, sila pastikan:
      1. Semak ikon kunci di bahagian bar pelayar anda.
      2. Sijil tersebut hanyalah untuk https://www.maybank2u.com.my dan bukan laman web yang lain.
      3. JANGAN klik pada mana-mana ikon kunci lain pada laman web itu.
  9. Kemas kini pelayar anda kepada versi terkini
    • Untuk pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat, sila pastikan anda mengemas kini pelayar web pada komputer dan juga peranti mudah alih anda. Jika pelayar web anda pada kedua-duanya sudah lama dan tidak serasi dengan laman web Maybank2u yang terkini ketika anda cuba log masuk ke akaun anda, anda akan diminta untuk mengemas kini kepada versi pelayar web yang terbaharu atau menyemak keserasiannya. Setelah pelayar web anda dikemaskini, anda boleh log masuk seperti biasa.

      Pelayar

      Versi

      Chrome

      52 ke atas

      Edge

      80 ke atas

      Firefox

      52 ke atas

      Opera

      39 ke atas

      Safari

      11.1 ke atas

      *Dikemas kini pada 18 Ogos 2023

    • Beberapa versi terbaharu pelayar web mampu mengesan dan memberikan amaran mengenai pelbagai laman web pancingan data. Jika anda menemui mesej amaran mengenai laman web pancingan data dalam pelayar web anda, JANGAN teruskan.

Anda syak yang anda telah kena scam?


Segera hubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di 03-5891 4744 atau Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997 (8pagi - 8malam), setiap hari.