Zakat Fitrah dan Fidyah adalah kewajipan amal yang penting dalam Islam, terutamanya di bulan Ramadan. Zakat Fitrah, yang dibayar sebelum Aidilfitri, bertujuan menyucikan ibadah puasa dan membolehkan golongan kurang berkemampuan merasai kegembiraan Aidilfitri. Ia diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan biasanya diberikan dalam bentuk makanan ruji atau nilai wang yang setara dengannya. Fidyah pula adalah ganti rugi bagi puasa yang ditinggalkan atas sebab-sebab yang tertentu, dan dilunaskan dengan memberi makan kepada mereka yang memerlukan. Kedua-duanya mencerminkan nilai Islam seperti, murahan hati, belas kasihan, dan tanggungjawab sosial.
Ramadan ini, ketahui lebih lanjut tentang kepentingan Zakat Fitrah dan Fidyah.
Zakat Fitrah (juga dikenali sebagai Zakat al-Fitr) ialah sedekah wajib yang perlu dibayar oleh setiap Muslim sebelum solat Aidilfitri sebagai tanda, berakhirnya Ramadan. Ia bertujuan menyucikan ibadah puasa daripada dosa-dosa kecil seperti lagha dan keji, memberi makan kepada orang miskin serta memberi bantuan agar mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan gembira.
Zakat Fitrah wajib dibayar oleh setiap Muslim. Kebiasaanya, ketua keluarga akan membayar untuk semua tanggungan.
Individu dewasa yang berdikari (contohnya individu bekerja atau masih bujang) perlu menunaikan Zakat Fitrah sendiri.
Zakat Fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadan, sebelum solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal. Jika dilewatkan, ia dianggap berdosa tetapi tetap perlu ditunaikan.
Kadar Zakat Fitrah ditentukan berdasarkan harga makanan ruji tempatan khususnya beras, bagi memastikan ia mampu ditunaikan. Pihak berkuasa Islam menilai keadaan pasaran setiap tahun bagi menetapkan kadar yang sesuai. Walaupun beras digunakan secara meluas, Zakat Fitrah juga boleh dibayar dalam bentuk makanan ruji lain seperti gandum, barli atau kurma.
Rujuk jadual di bawah untuk kadar Zakat Fitrah terkini:
Negeri |
Harga (2025) |
Jenis Beras |
---|---|---|
Perlis
|
RM9
|
Beras Super Spesial Tempatan/Beras Putih Import/Beras Perang/Beras Wangi/Beras Herba Ponni |
Kedah
|
RM7 |
Beras Super Spesial Tempatan |
RM14.50
|
Beras Super Import/Beras Perang/Beras Pulut/Beras Herba Ponni/Beras Wangi |
|
RM22
|
Beras Basmati/Beras Jepun/Beras Merah |
|
Pulau Pinang
|
RM7 |
Beras Super Spesial Tempatan |
RM10 |
Beras Import |
|
RM15 |
Beras Rebus/Beras Siam/Beras Perang |
|
RM25 |
Beras Wangi/Beras Pulut/Beras Herba Ponni/Beras Calrose/Beras Merah/Beras Basmati |
|
Perak |
RM10 |
Beras Tempatan |
RM16 |
Beras Perang/Beras Wangi |
|
RM27 |
Beras Pulut/Beras Basmati |
|
Selangor |
RM7 |
Beras Tempatan |
RM15
|
Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut/Beras Herba Ponni/Beras Wangi |
|
RM22
|
Beras Basmati/Beras Jepun/Beras Merah |
|
Negeri Sembilan |
RM7.50 |
Beras Tempatan |
RM12
|
Beras Super Import, Beras Super Wangi dan Beras Herba Ponni |
|
RM22 |
Beras Basmati |
|
Melaka |
RM7 |
Beras Super Spesial Tempatan |
RM15 |
Beras Super Spesial Import |
|
RM22 |
Beras Basmati |
|
Johor |
RM7 |
Beras Super Spesial Tempatan |
RM12 |
Beras Import |
|
RM20 |
Beras Basmati Import/Beras Super Wangi |
|
Pahang |
RM7 |
Beras Putih Tempatan |
RM14 |
Beras Pulut |
|
RM21 |
Beras Basmati |
|
Terengganu |
RM10 |
Beras Putih Tempatan |
RM22 |
Beras Basmati |
|
Kelantan |
RM8 |
Beras Super Spesial Tempatan |
RM14
|
Beras Import Siam/Beras Wangi/Beras Perang/Beras Herba Ponni/Beras Pulut |
|
RM21 |
Beras Basmati/Beras Jepun/Beras Merah |
|
Sarawak |
RM7.50 |
Beras Tempatan |
Sabah |
RM7.50 |
Beras Tempatan |
Wilayah Persekutuan |
RM7
|
Beras Putih Import/Beras Putih Tempatan |
RM15
|
Beras Merah/Beras Perang/Beras Pulut/Beras Wangi |
|
RM22 |
Beras Jepun/Beras Herba Ponni/Beras Basmati |
Semak Kadar Zakat Fitrah di Negeri Anda
Setiap negeri menetapkan kadar sendiri berdasarkan kos 2.5kg beras.
Kira Bilangan Tanggungan
Termasuk diri sendiri dan semua tanggungan seperti isteri, anak-anak atau sesiapa di bawah tanggungan anda.
Kira Jumlah Bayaran
Darab kadar Zakat Fitrah dengan bilangan orang.
Jika kadarnya RM7.00 seorang, dan anda membayar untuk 5 orang (diri sendiri, isteri, dan 3 anak): RM7.00 × 5 = RM35.00
Zakat diagihkan kepada lapan golongan yang dikenali sebagai Asnaf:
Fidyah ialah ganti rugi bagi puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan atas sebab-sebab yang sah seperti sakit, tua, atau kesukaran akibat hamil atau menyusukan. Ia membolehkan individu menunaikan tuntutan agama sambil membantu mereka yang memerlukan.
Kira jumlah hari puasa yang anda tinggalkan dan belum digantikan. Untuk setiap hari yang tertinggal, satu bayaran Fidyah diperlukan. Setiap hari yang ditinggalkan memerlukan satu bayaran Fidyah. Jika anda tertinggal 10 hari, anda wajib membayar 10 Fidyah.
Kadar Fidyah ditentukan berdasarkan harga satu cupak beras di setiap negeri. Istilah cupak merujuk kepada unit ukuran tradisional Melayu yang lazimnya digunakan untuk menyukat beras atau bijirin.
Rujuk jadual di bawah untuk kadar Fidyah terkini:
Badan Zakat |
Kadar Fidyah |
---|---|
Selangor |
RM2.00 |
Negeri Sembilan |
RM1.87 |
Melaka |
RM2.00 |
Kedah |
RM2.00 |
Perak |
RM2.75 |
Sabah |
RM1.90 |
Terengganu |
RM2.00 |
Sarawak |
RM1.90 |
Johor |
RM1.75 |
Kelantan |
RM2.00 |
Pahang |
RM1.75 |
Pulau Pinang |
RM1.75 |
Perlis |
RM5.00 |
Wilayah Persekutuan |
RM4.00 |
Fidyah kebiasanya dibayar dalam bentuk makanan, tetapi anda juga boleh membayarnya dalam bentuk wang mengikut nilai yang setara. Jumlah yang diperlukan bergantung pada harga makanan di kawasan anda.
Untuk pembayaran berasaskan makanan, anda boleh memberi makanan ruji seperti beras, gandum atau kurma kepada mereka yang memerlukan. Bagi pembarayan dalam bentuk wang, jumlahnya bersamaan dengan nilai satu hidangan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Adalah lebih baik membayar fidyah sebelum Ramadan berikutnya bagi mengelakkan hutang puasa yang tertunggak. Jika anda tidak dapat berpuasa secara kekal kerana penyakit kronik, Fidyah perlu dibayar setiap tahun.
Zakat Fitrah dan Fidyah adalah bentuk sedekah yang bukan sahaja menyucikan harta tetapi juga membantu golongan yang memerlukan. Dengan memahami peranannya, anda dapat menunaikan kewajipan ini dengan mudah dan penuh keikhlasan.
Uruskan Zakat Fitrah anda dengan mudah melalui Zakat Dashboard dan tunaikan Zakat Fitrah dan Fidyah sini dengan mudah di aplikasi MAE hari ini!
💡 Maklumat yang diberikan di atas adalah semata-mata untuk tujuan pendidikan.
Click here for English