BERSEDIA UNTUK
TINGKATKAN JUMLAH
PELANGGAN ANDA?

Bersiap sedia dengan Halal2u

Sebagai pemilik perniagaan, keutamaan anda adalah untuk meningkatkan bilangan pelanggan. Pernahkah anda terfikir mengenai potensi besar yang terbuka luas apabila dapat membawa masuk lebih ramai pelanggan dengan memiliki pensijilan Halal? Memiliki pensijilan Halal bermakna anda mematuhi standard kualiti dan tahap kebersihan tertinggi dalam operasi anda.

Apakah yang menghalang anda untuk mendapatkan pensijilan Halal?
Mitos #1
“Pensijilan Halal mengambil masa
yang lama.”
Realiti
“JAKIM mengambil masa kurang daripada sebulan untuk meluluskan permohonan.”
Mitos #2
“Pensijilan Halal mahal dan prosedurnya juga sukar.”
Realiti
“Kos pendahuluan sifar bagi pelanggan perniagaan Maybank, dengan panduan langkah-demi-langkah disediakan oleh fasilitator Halal yang berpengalaman.”
Mitos #3
“Leceh untuk menyimpan semua rekod dokumen Halal dan melibatkan banyak kertas kerja.”
Realiti
“Sistem Jaminan Halal* secara percuma dari kami yang menyimpan rekod digital semua pembekal anda dengan mudah.”
*Langganan percuma tahun pertama terhad kepada 500 pemohon pertama untuk Sistem Jaminan Halal.

Saksikan potensi kemajuan dalam perniagaan anda

dengan rangkaian sokongan daripada kami yang akan memudahkan pengembangan perniagaan anda.
1
Penyelesaian Perbankan Menyeluruh
Perkhidmatan kewangan bersepadu dan direka khas bagi memenuhi keperluan anda
2
Kepakaran Fasilitator Halal Yang Dipercayai
Panduan komprehensif dalam permohonan pensijilan Halal anda
3
Mendigitalkan Pengurusan Dokumen Halal
Ubah dokumen fizikal Halal anda untuk memudahkan akses, pengurusan dan penyimpanan
4
Peluang Pengembangan Perniagaan
Percepatkan capaian perniagaan anda di dalam dan luar negara melalui program khusus pemasaran Halal

Kisah kejayaan pemilik perniagaan selepas
memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“5 bulan selepas menerima pensijilan Halal, jualan kami meningkat sebanyak 25%.”
Esther Low
Pengasas Dai Ga Jay
“Dari sebuah gerai di tepi jalan…dengan Halal certification kami layak untuk mengembangkan perniagaan kami melalui mart dan shopping mall.”
Faris Shahin
Pengasas KVG Juta Sdn Bhd

Kelayakan

Perniagaan dalam industri berikut:
Makanan & Minuman
Fesyen Sopan
Kosmetik & Farmaseutikal
Pelancongan Halal
Nota:
  1. Industri Fesyen Sopan dan Pelancongan Halal hanya layak untuk penyelesaian pembiayaan sahaja.
  2. Kriteria kelayakan berbeza untuk Perkhidmatan Fasilitasi Halal, Pembiayaan Halal dan Sistem Jaminan Halal.

Apa yang kami tawarkan

Tidak pasti bagaimana hendak memulakan langkah? Perkhidmatan Fasilitasi Halal kami adalah percuma bagi memastikan anda menerima semua bantuan yang anda perlukan, dengan kepakaran fasilitator Halal yang sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam perkara berikut:
Pembiayaan modal kerja bagi
memudahkan penyusunan semula dan pengubahsuaian premis perniagaan anda untuk memastikan pematuhan Halal
Pra-penilaian kesediaan Halal perniagaan anda melalui penaksiran Halal dalam talian
Melancarkan proses permohonan pensijilan Halal
Panduan mengenai pematuhan standard Halal JAKIM
Kami menyokong usaha perniagaan Halal anda dengan menyediakan kemudahan dan akaun yang sesuai
dengan keperluan anda:
Akses kepada pembiayaan modal kerja
untuk pemain pasaran Halal
Manfaat Hibah untuk meningkatkan simpanan atas kemudahan pembiayaan
Tingkatkan deposit melalui kempen
deposit sedia ada
Pertukaran mudah daripada
Akaun Konvensional sedia ada kepada Akaun Patuh Syariah
Selepas perniagaan anda menerima pensijilan Halal, dapatkan akses percuma* untuk Sistem Jaminan Halal digital kami.
back to top back to top