Back

Pengecualian caj RM1 bagi perkhidmatan Tabung Haji melalui ATM dan CDM

Para Pelanggan yang Dihormati,

Maybank akan memberikan pengecualian caj RM1 bagi perkhidmatan Tabung Haji melalui terminal ATM (Automated Teller Machine) dan CDM (Cash Deposit Machine), berkuatkuasa mulai 6 April 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekiranya anda telah dikenakan caj untuk transaksi yang dilakukan dalam tempoh ini, caj anda akan dikembalikan selepas PKP berakhir.

Kami berharap langkah ini dapat meringankan beban anda.

Selain itu, anda digalakkan untuk melakukan transaksi Tabung Haji berikut melalui perbankan internet Maybank2u: 

  • Pindahan simpanan ke akaun sendiri atau pihak ketiga
  • Pertanyaan baki akaun TH
  • Pendaftaran Haji