Back

AMARAN PENIPUAN: Kekal berhati-hati! Lindungi diri anda daripada penipuan Internet

Anda mungkin pernah terdengar atau terbaca tentang mangsa penipuan promosi dan mereka dibawa ke laman web palsu (phishing) yang mirip seperti Maybank2u.

Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk memastikan anda terus kekal selamat sewaktu berurusan secara atas talian. Kami juga telah mengaktifkan ciri-ciri keselamatan bagi melindungi anda daripada penipuan Internet.

  • JANGAN sesekali klik pada pautan yang cuba membawa anda ke Maybank2u. Sila masukkan URL maybank2u.com.my terus ke pelayar anda.
  • Sekiranya anda mencari ‘Maybank’ atau ‘Maybank2u’ melalui enjin carian, sila periksa URL sebelum klik. Walaupun laman web kami akan selalu muncul sebagai hasil carian teratas, ianya adalah lebih selamat jika anda menaip URL maybank2u.com.my terus ke pelayar.
  • Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan promosi yang terlalu bagus untuk menjadi kenyataan. Ini adalah muslihat penipuan yang akan membawa anda ke laman web palsu (phishing).
  • Pastikan anda mengesahkan gambar profil dan frasa keselamatan semasa log masuk ke Maybank2u. Periksa dengan teliti sebelum anda memasukkan kata laluan.
  • Gunakan aplikasi MAE atau Maybank2u untuk tahap keselamatan lebih tinggi bagi mengurus kewangan harian anda dengan lebih tenang.
  • Berhati-hatilah jika anda menerima panggilan atau SMS daripada orang yang tidak dikenali dan mendakwa bahawa nombor TAC telah dihantar kepada anda. JANGAN sesekali mendedahkan nombor TAC, serta nama pengguna dan kata laluan Maybank2u anda kepada sesiapa sahaja, walaupun mereka mengaku sebagai kakitangan Maybank. Pihak kami TIDAK akan meminta maklumat sedemikian. Sekiranya anda menerima nombor TAC, sila periksa butiran transaksi dalam SMS untuk mengesahkan bahawa transaksi tersebut benar-benar dilakukan oleh anda.
  • Jangan sesekali menggunakan Wi-Fi awam semasa berurusan secara atas talian kerana maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada penggodam. Pastikan urusan anda dilakukan dengan sambungan Internet yang selamat dan terjamin sepanjang masa.
  • Pastikan perisian antivirus anda sentiasa dikemaskini. Ini boleh membantu melindungi komputer anda dari serangan ‘malware’.

Jika ada sebarang keraguan, sila layari Maybank2u atau platform media sosial kami untuk pengumuman atau maklumat kempen yang rasmi. Sila kunjungi halaman rasmi kami seperti di bawah, dan bukan melalui pautan atau iklan yang mencurigakan:

  • Facebook - https://www.facebook.com/Maybank/
  • Twitter - https://twitter.com/mymaybank
  • Instagram - https://www.instagram.com/mymaybank/

Sekiranya anda telah mendedahkan butiran log masuk Maybank2u di laman web palsu secara tidak sengaja, sila hubungi kami segera di talian 03-5891-4744.

freemarker.template.TemplateException: Error reading included file iwov-resources/ftl/common/Footer.ftl