Back

Pengumuman Penting: Secure2u pada aplikasi MAE akan ditambah baik dengan tempoh pengaktifan 12 jam

Click here for English

Pelanggan Yang Dihormati,

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan keselamatan perbankan dalam talian anda, mulai 20 Oktober 2022, Secure2u pada aplikasi MAE akan ditambah baikkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.

Tempoh pengaktifan 12 jam akan berkuat kuasa apabila anda:

  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau
  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain

Dalam kedua-dua keadaan, anda akan menerima Push Notification, SMS dan emel, untuk memberitahu anda bahawa pengaktifan Secure2u anda sedang diproses. Sila ambil perhatian bahawa anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Dengan langkah keselamatan tambahan ini, kami amat menggalakkan anda untuk beralih kepada aplikasi MAE dan menjadikannya aplikasi pilihan anda untuk melakukan semua transaksi dalam talian. Ia tersedia untuk dimuat turun di:

Berikut merupakan cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan‘Secure2u’ di bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan panduan video langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di


Soalan Lazim (FAQ)

  1. Adakah transaksi saya akan tergendala sekiranya saya sudah menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE?
    Tidak. Anda boleh meluluskan transaksi seperti biasa.
  2. Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE?
    Sama sahaja dengan cara anda menggunakannya pada aplikasi M2U MY. Anda cuma perlu lakukan transaksi > terima notifikasi Secure2u pada peranti anda > tekan notifikasi untuk meluluskan atau menolak transaksi tersebut.
  3. Sekiranya saya telah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi M2U MY, bolehkah saya aktifkannya pada aplikasi MAE pula?
    Ya, anda boleh. Selepas anda aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE, anda akan mula menerima permintaan untuk mengesahkan transaksi melalui aplikasi MAE, bagi transaksi yang dilakukan melalui laman web Maybank2u, aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE. Ini bermakna anda tidak akan lagi menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi M2U MY.

    Jika anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau pada peranti lain selepas 20 Oktober 2022, anda perlu menunggu 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi. Ini membantu untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.
  4. Saya tidak boleh menggunakan Secure2u pada aplikasi MAE setelah mengaktifkannya (selepas 20 Oktober 2022). Apa yang saya patut lakukan?
    Anda perlu menunggu selama 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi. Tempoh pengaktifan 12 jam ini akan dikenakan apabila anda:
    • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama
    • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain
  5. Sebelum ini saya pernah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti yang saya gunakan sekarang. Saya telah pun memadam aplikasi MAE dan baru-baru ini saya memuat turunnya sekali lagi pada peranti yang sama. Adakah saya perlu mengaktifkan Secure2u sekali lagi?
    Ya, anda perlu mengaktifkan Secure2u sekali lagi. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menunggu selama 12 jam untuk mula meluluskan transaksi kerana anda telah mengaktifkan Secure2u pada peranti yang sama sebelum ini.
  6. Saya telah menukar peranti baru-baru ini. Adakah saya perlu mengaktifkan Secure2u semula?
    Ya, anda perlu mengaktifkannya semula. Secure2u hanya boleh diikat pada satu peranti pada satu masa. Selepas Secure2u diaktifkan pada peranti lain, anda akan menerima SMS, Push Notification dan emel untuk memaklumkan bahawa tempoh pengaktifan Secure2u anda sedang dalam proses. 2 jam sebelum tempoh pengaktifan tamat, anda akan dimaklumkan melalui SMS dan Push Notification sekali lagi. Setelah tempoh pengaktifan 12 jam tamat, anda akan dibenarkan untuk meluluskan transaksi dengan Secure2u seperti biasa.
  7. Saya baru sahaja menerima SMS dan emel mengenai pengaktifan Secure2u tetapi saya tidak memohon pengaktifan Secure2u baharu. Apa yang patut saya lakukan?
    Sila tukar kata laluan Maybank2u anda dengan segera dan hubungi Talian Penipuan kami di 03-58914744 untuk bantuan segera.
  8. Saya telah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE dan tempoh pengaktifan 12 jam masih dalam proses tetapi saya perlu melakukan transaksi segera. Apa patut saya lakukan?
    Untuk melindungi keselamatan perbankan dalam talian anda, anda perlu menunggu selama 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi. Namun begitu, anda masih boleh melakukan pindahan ke akaun anda sendiri, pindahan ke akaun Favourite, dan aktiviti bukan kewangan lain yang tidak memerlukan pengesahan Secure2u. Untuk bantuan segera, sila hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-6688.
  9. Saya sudah pun mengaktifkan Secure2u pada aplikasi M2U MY. Adakah saya masih boleh menggunakannya di sana?
    Ya. Anda boleh teruskan meluluskan transaksi di aplikasi M2U MY seperti biasa. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda telah memadam dan kemudian muat turun semula aplikasi tersebut pada peranti anda, anda tidak akan dapat mengaktifkan Secure2u pada aplikasi M2U MY. Ini kerana pengaktifan Secure2u telah berpindah ke apl MAE sejak 26 September 2022. Kami menggalakkan anda beralih kepada aplikasi MAE untuk semua kelulusan transaksi Secure2u anda.
  10. Saya tidak boleh memuat turun aplikasi MAE pada peranti saya. Apa yang saya patut lakukan?
    Sila pastikan sistem pengendalian peranti anda ialah Android 9 dan ke atas atau iOS 13 dan ke atas supaya ia serasi dengan aplikasi MAE. Sistem pengendalian terkini pada peranti anda memastikan bahawa aplikasi MAE dikemas kini dengan ciri-ciri keselamatan terkini.

Terima kasih