Luluskan lebih banyak jenis transaksi dalam talian dengan Secure2u pada aplikasi MAE
Click here for English
Pelanggan Yang Dihormati,
Berkuat kuasa 6 Februari 2023, anda perlu menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi berikut:
SALURAN |
TRANSAKSI |
---|---|
Laman web Maybank2u |
|
Aplikasi MAE |
|
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.
Cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:
Langkah 1: Buka aplikasi dan tekan ‘Secure2u’ di bahagian Quick Actions
Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’
Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS
Langkah 4: Masukkan nombor ID
Langkah 5: Sahkan nama peranti dan selesai!
Sila ambil perhatian bahawa tempoh pengaktifan 12 jam akan dikenakan apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain. Untuk mengelakkan pengesahan transaksi yang mencurigakan, anda hanya boleh meluluskan transaksi menggunakan Secure2u selepas 12 jam.
Cara-cara untuk menggunakan Secure2u:
Langkah 1: Log masuk ke aplikasi MAE app atau laman web Maybank2u untuk melakukan transaksi
Langkah 2: Anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE pada peranti anda yang berdaftar
Langkah 3: Buka notifikasi dan tekan sahaja untuk luluskan atau tolak transaksi tersebut, anda tak perlu log masuk lagi
Nikmati pengesahan transaksi yang lebih selamat dan lebih cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, ia tersedia untuk dimuat turun di sini:
Sekiranya anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U MY, anda masih boleh mengesahkan transaksi seperti biasa. Walau bagaimanapun, kami amat menyarankan agar anda beralih ke aplikasi MAE kerana ia juga dilengkapi dengan semua perkhidmatan perbankan M2U dan banyak lagi.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan lengkap. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut.