Back

Notis Penting: Tempoh pengaktifan Secure2u akan dikemas kini kepada minimum 12 jam.

Click here for English.

Pelanggan Yang Dihormati, 

Bermula daripada 1 Julai 2023, hanya Secure2u melalui aplikasi MAE akan digunakan untuk meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, melalui aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE dan juga transaksi dalam talian Kad Debit/Kredit Maybank. 

Bermula sekarang, tempoh pengaktifan Secure2u untuk mengelakkan pengesahan transaksi tidak sah akan dikemaskini kepada minimum 12 jam.

Tempoh pengaktifan minimum 12 jam akan berkuat kuasa apabila anda: 

  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau
  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain

Anda akan menerima push notification, SMS dan emel, untuk memaklumkan anda bahawa pengaktifan Secure2u anda sedang diproses. Selama tempoh pengaktifan  minimum 12 jam ini, transaksi yang memerlukan Secure2u tidak akan diluluskan.

Secure2u melalui aplikasi MAE mempunyai ciri sekuriti tambahan bagi melindungi akaun dan wang anda untuk memastikan perbankan yang terselamat. Peningkatan sekuriti perbankan ini adalah selaras dengan hala tuju Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan.

Cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘Secure2u’ di bahagian Quick Actions

Langkah 2: Tekan ‘Activate Now’

Langkah 3: Sahkan nombor telefon anda dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 4: Masukkan nombor ID anda

Langkah 5: Sahkan nama peranti anda dan selesai!

Kini anda boleh membuat pengesahan dengan lebih selamat dan cepat dengan Secure2u pada aplikasi MAE, ia tersedia untuk dimuat turun di sini:

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang Secure2u dan video panduan langkah demi langkah. Sebagai alternatif, emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com untuk pertanyaan lanjut. 

Terima kasih.