Naik Taraf Keselamatan: Aplikasi MAE Akan Ditambah Baik Dengan Ciri Keselamatan Baharu
Pelanggan Yang Dihormati,
Kami dengan sukacita mengumumkan ciri keselamatan baharu pada aplikasi MAE yang secara automatik akan mengesan perisian hasad atau tetapan kebenaran yang berisiko apabila aplikasi dibuka. Penambahbaikan ini direka untuk melindungi anda daripada transaksi yang tidak sah dan melindungi pengalaman perbankan dalam talian anda, yang mencerminkan komitmen kami terhadap keselamatan anda.
Mulai 11 Ogos 2024, ciri keselamatan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna aplikasi MAE.
Sila ambil perhatian:
- Kami tidak mengakses, mengumpul, memproses atau menyimpan sebarang maklumat peribadi daripada aplikasi yang dipasang pada peranti anda melalui ciri ini. Maklumat perbankan dan data peribadi anda kekal sulit dan dilindungi.
- Terma dan Syarat aplikasi MAE yang dikemas kini boleh dibaca di sini.
Kepercayaan anda terhadap perkhidmatan kami amatlah dihargai dan kami berdedikasi untuk memastikan perbankan dalam talian anda kekal selamat dan terjamin. Untuk maklumat lanjut, layari maybank.my/securityenhancement atau e-melkan kepada kami di mgcc@maybank.com.