Back

Aplikasi Maybank2u MY Akan Ditamatkan Tidak Lama Lagi, Berpindahlah ke Aplikasi MAE

Klik di sini untuk English.

Pelanggan Yang Dihormati,

Mulai 28 Ogos 2024, aplikasi Maybank2u MY akan ditamatkan. Sebaliknya, aplikasi MAE akan menyediakan akses kendiri kepada akaun anda, untuk keperluan perbankan. Jika anda belum memuat turun aplikasi MAE, sila lakukannya secepat mungkin kerana selepas tarikh tersebut, anda tidak lagi boleh mengakses akaun atau sebarang fungsi melalui aplikasi Maybank2u MY.

Aplikasi MAE mempunyai semua fungsi aplikasi Maybank2u MY dan banyak lagi, termasuk fungsi perbankan dan gaya hidup yang komprehensif serta langkah keselamatan yang dipertingkatkan melalui Secure2u sebagai satu-satunya cara untuk mengesahkan transaksi.

Nota: Jika anda belum pernah memuat turun aplikasi MAE, anda perlu mendaftar untuk Secure2u. Selepas pendaftaran, anda mesti mengaktifkan Secure2u di mana-mana ATM Maybank. Tempoh pengaktifan minimum 12 jam dikenakan untuk pengaktifan Secure2u kali pertama bagi mengelakkan kelulusan tanpa kebenaran. Ketahui lebih lanjut tentang Secure2u di sini.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman perbankan dalam talian anda. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.


Soalan Lazim

Soalan

Jawapan

Mengapakah Maybank menamatkan aplikasi Maybank2u MY?

Aplikasi MAE menyediakan ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta rangkaian perbankan dan perkhidmatan gaya hidup yang lebih luas berbanding aplikasi Maybank2u MY. Untuk kemas kini terkini dan untuk memanfaatkan fungsi sepenuhnya, berpindahlah ke MAE.

Adakah saya masih boleh mengakses akaun saya di aplikasi Maybank2u MY setelah perkhidmatannya tamat ?

Anda tidak boleh lagi mengakses akaun atau ciri pada aplikasi Maybank2u MY, setelah ia tamat. Sila berpindah ke aplikasi MAE jika anda belum melakukannya kerana aplikasi MAE dilengkapi dengan semua fungsi Maybank2u MY dan banyak lagi. Ia juga menawarkan fungsi perbankan dan gaya hidup yang komprehensif serta keselamatan yang dipertingkatkan dengan Secure2u sebagai satu-satunya cara untuk mengesahkan transaksi.

Anda boleh terus mengakses akaun anda melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my.

Di mana saya boleh memuat turun aplikasi MAE?

Anda hanya boleh memuat turun aplikasi MAE daripada sumber rasmi berikut: Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery. Jangan muat turun fail APK daripada sumber tidak rasmi, kerana ia boleh menjejaskan peranti anda dan mendedahkan anda kepada scam perisian hasad (malware). Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Adakah saya perlu mencipta ID Maybank2u baharu untuk mengakses MAE?

Anda boleh mengakses MAE dengan ID Maybank2u sedia ada. Ikuti langkah-langkah di sini.

Saya memasang aplikasi MAE buat kali pertama. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Secure2u?

Jika anda mengaktifkan Secure2u buat kali pertama atau pada peranti baharu, ikuti langkah-langkah berikut:

Bahagian 1:

Daftar Secure2u melalui aplikasi MAE

Bahagian 2:

Aktifkan Secure2u di ATM Maybank

  1. Muat turun atau buka aplikasi MAE
  2. Di bawah Quick Actions, tekan 'Secure2u' untuk mendaftar Secure2u pada peranti anda
  3. Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan pendaftaran anda
  4. Setelah pendaftaran Secure2u berjaya, anda akan menerima push notification dan SMS yang mengingatkan anda untuk mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam masa 30 hari

Jangan lupa bawa kad debit, kredit atau caj seperti yang dinyatakan di dalam aplikasi MAE, ke ATM Maybank setelah pendaftaran Secure2u selesai.

Selepas mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah ini untuk mengaktifkannya:

  1. Di ATM Maybank, masukkan kad dan PIN kad anda (Nombor Pengenalan Peribadi)
  2. Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’
  3. Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan proses pengaktifan
  4. Sebaik sahaja Secure2u diaktifkan pada MAE, tempoh pengaktifan minimum 12 jam akan berkuat kuasa sebelum anda boleh menggunakannya untuk meluluskan transaksi. Ini untuk mengelakkan pengaktifan Secure2u yang tidak sah.

Adakah ini akan menjejaskan perkhidmatan perbankan dalam talian?

Ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan dalam talian. Anda boleh terus menjalankan aktiviti perbankan harian anda seperti biasa di maybank2u.com.my dan aplikasi MAE.

Saya mempunyai kedua-dua aplikasi MAE dan Maybank2u MY. Apakah yang perlu saya lakukan dengan aplikasi Maybank2u MY?

Anda boleh menyahpasang aplikasi Maybank2u MY daripada peranti anda dan terus menikmati perbankan yang lancar dengan aplikasi MAE.

Adakah saya boleh memuat turun aplikasi Maybank2u MY dari sumber lain?

Aplikasi Maybank2u MY tidak lagi tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Sila elakkan memuat turun fail APK daripada sumber tidak rasmi kerana ia boleh menjejaskan peranti anda dan mendedahkan anda kepada scam perisian hasad (malware). Aplikasi MAE menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan dengan Secure2u sebagai satu-satunya cara untuk mengesahkan transaksi.

Jangan muat turun fail APK daripada sumber tidak rasmi, kerana ia boleh menjejaskan peranti anda dan mendedahkan anda kepada scam perisian hasad (malware).

Apakah yang perlu saya lakukan jika menghadapi isu semasa berpindah ke aplikasi MAE?

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau menghadapi isu semasa beralih ke aplikasi MAE, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang aplikasi MAE di sini. Sebagai alternatif, pegawai kami sedia membantu anda melalui e-mel di mgcc@maybank.com atau di cawangan Maybank terdekat.