Back

Perkhidmatan Pindahan Ke Akaun Sendiri akan dipindahkan daripada laman web M2U klasik ke laman web M2U terkini

Pelanggan Yang Dihormati,

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa perkhidmatan Pindahan ke Akaun Sendiri tidak akan lagi tersedia di laman web M2U Klasik mulai 20 Januari 2024. Perkhidmatan ini akan dipindahkan secara kekal ke laman web Maybank2u terkini.

Beralihlah ke laman web Maybank2u terkini hari ini untuk pengalaman perbankan dalam talian yang lancar tanpa gangguan.

Sekiranya anda masih menggunakan laman web M2U klasik, anda boleh beralih ke laman web Maybank2u terkini dengan hanya menaip “www.maybank2u.com.my” dalam bar carian anda. Jangan risau kerana anda masih boleh log masuk ke akaun Maybank2u anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada. Untuk memudahkan urusan anda, ‘Favourite’ yang anda telah simpan juga dikekalkan.

Anda juga boleh emelkan kepada mgcc@maybank.com jika anda mempunyai pertanyaan lanjut.

Nota: Ini tidak menjejaskan pengguna Maybank2u Biz, anda boleh meneruskan urusan perbankan dalam talian seperti biasa.

Terima kasih.