Back

Tempoh Bertenang Baru untuk Peningkatan Had Pemindahan Dalam Talian

Pelanggan Yang Dihormati, 

Kami akan memperkenalkan tempoh bertenang (“cooling-off period’) selama 12 jam bagi setiap peningkatan had pemindahan wang melalui laman web Maybank2u mulai 31 Julai 2024. Peningkatan had untuk pemindahan wang boleh didapati di bahagian ‘Settings’ > ‘Pay & Transfer’ > ‘Transfer Limit’.

Tempoh bertenang ini diaktifkan bagi meningkatkan had untuk pemindahan wang akan memberi kesan ke atas perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

  • Pemindahan wang pihak ketiga (Maybank ke Maybank)
  • Pemindahan wang antara bank (DuitNow, DuitNow-Transfer dan GIRO)
  • FPX & DuitNow Online Banking/Wallets

Tempoh bertenang ini diperkenalkan untuk melindungi pelanggan kami secara mengekang penipuan perbankan dalam talian dengan mencegah penipu yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi tanpa kebenaran.

Tempoh bertenang ini juga berfungsi sebagai langkah keselamatan bagi memberi masa kepada pelanggan kami untuk mengambil tindakan pencegahan, seperti menghubungi talian hotline Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-6688 atau mengaktifkan Kill Switch melalui laman web Maybank2u atau aplikasi MAE untuk menyekat sementara waktu sebelum had yang lebih tinggi berkuat kuasa.

Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha berterusan kami untuk meningkatkan lagi ciri keselamatan perbankan dalam talian untuk pelanggan kami.

Sila ambil maklum bahawa tempoh bertenang ini akan melibatkan setiap transaksi yang dilakukan pada laman web Maybank2u dan aplikasi MAE. Sekiranya tempoh bertenang diaktifkan untuk meningkatkan had pemindahan wang, perkara-perkara berikut akan berlaku

  • Transaksi mengikut had pemindahan yang sedia ada sepanjang tempoh bertenang.
  • Transaksi mengikut had pemindahan baru, setelah tamat tempoh bertenang.
  • Push Notification melalui aplikasi MAE atau melalui SMS di telefon bimbit akan dihantar untuk pemberitahuan mula dan tamatnya tempoh bertenang.

Untuk maklumat lanjut tentang tempoh bertenang had transaksi, klik di sini.

Terima kasih.