Back

Aplikasi Maybank2u MY tidak lagi boleh didapati di platform aplikasi, pindah ke aplikasi MAE

Mulai 30 Jun 2024, kami akan memberhentikan semua kemas kini aplikasi Maybank2u MY, dan ia tidak lagi boleh dimuat turun dari Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Jika aplikasi Maybank2u MY masih berada dalam peranti anda selepas 30 Jun 2024, anda masih boleh mengaksesnya buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda untuk berpindah ke aplikasi MAE, kerana ia mempunyai setiap ciri yang ada dalam aplikasi Maybank2u MY dan banyak lagi — lengkap dengan fungsi perbankan dan gaya hidup tambahan, serta langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk terus melindungi aktiviti perbankan dalam talian anda.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda di aplikasi MAE sentiasa dipertingkatkan dan dikemas kini. Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi MAE di sini.

Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan.

Soalan

Jawapan

Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran aplikasi Maybank2u MY daripada kedai aplikasi?

Ini bermakna mulai 30 Jun 2024, aplikasi Maybank2u MY tidak lagi boleh dimuat turun. Sebarang kemas kini bagi aplikasi tersebut juga akan dihentikan.

Jika aplikasi ini masih ada pada peranti anda, anda boleh terus mengakses aplikasi Maybank2u MY buat masa sekarang.

Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda untuk berpindah ke aplikasi MAE supaya anda boleh terus membuat transaksi tanpa gangguan.

Anda boleh mengakses semua akaun bank anda di aplikasi MAE menggunakan ID M2U anda ketika log masuk.

Bagaimanakah saya boleh mengakses akaun saya selepas aplikasi Maybank2u MY dikeluarkan daripada kedai aplikasi?

Anda masih boleh terus mengakses akaun anda di aplikasi Maybank2u MY jika ia masih ada pada peranti anda.

Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan anda untuk berpindah ke aplikasi MAE kerana ia membolehkan anda membuat transaksi perbankan dengan lancar dan boleh mengurus keperluan gaya hidup anda.

Sebaliknya, anda juga boleh mengakses akaun anda melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my. 

Adakah hal ini akan memberi kesan kepada perkhidmatan perbankan dalam talian?

Hal ini tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan dalam talian dan anda boleh terus menjalankan aktiviti perbankan harian anda seperti biasa di www.maybank2u.com.my dan aplikasi MAE.

Adakah saya boleh memuat turun aplikasi Maybank2u MY daripada sumber lain?

Aplikasi Maybank2u MY tidak lagi boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Anda diminta untuk tidak memuat turun aplikasi Maybank2u MY daripada sumber tidak rasmi kerana ia boleh menjejaskan peranti anda dan meningkatkan risiko anda terkena Scam Malware.

Anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi MAE kerana ia membolehkan anda membuat transaksi perbankan dengan lancar dan boleh menguruskan keperluan gaya hidup anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi sebarang isu semasa berpindah kepada aplikasi MAE?

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila e-mel kami di mgcc@maybank.com atau hubungi kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (Luar Negara).