Back

Naik Taraf Sistem Maybank Goal-Based Investment Berjadual

Klik sini untuk English

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa kemudahan Goal-Based Investment di kedua-dua aplikasi MAE dan laman web Maybank2u akan menjalani proses naik taraf sistem dari 12 Jun 2024 hingga 11 Julai 2024. Dalam tempoh ini, akses anda kepada kemudahan tersebut akan terjejas buat sementara waktu.

Bagi pengguna yang mendaftar untuk Auto-Deposit Bulanan (Monthly Auto-Deposit), sila ambil perhatian bahawa pemotongan automatik yang dijadualkan pada 12 Jun 2024 akan terjejas. Pemotongan automatik bulanan seterusnya akan disambung semula pada 12 Julai 2024.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin anda hadapi dan terima kasih kerana memahami.

Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila e-melkan kepada kami di mgcc@maybank.com.my atau hubungi kami di 1-300-88-6688.

Terima kasih.