Kemas Kini Keselamatan: Had Pembayaran dan Tempoh Bertenang untuk Peningkatan Had Pembayaran
Klik di sini untuk English.
Pelanggan yang Dihormati,
Sila ambil maklum bahawa had bayaran untuk perbankan dalam talian anda akan ditetapkan semula kepada had baru pada 5 Disember 2024. Ciri keselamatan tambahan ini membantu mengurangkan risiko dalam kes akses tidak dibenarkan, untuk memastikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih selamat.
Had-had pembayaran adalah seperti berikut:
Jenis Had Pembayaran |
Had Harian Asal |
Had Harian Maksimum |
---|---|---|
Pembayaran Bil: |
||
Produk & Perkhidmatan Maybank | RM3,000 | Tiada Had |
Lain-lain termasuk pembayaran Zakat | RM3,000 | RM100,000.00 |
JomPay |
RM3,000 |
RM50,000.00 |
Sekiranya anda ingin menukar dan meningkatkan had harian pembayaran, anda boleh berbuat demikian melalui laman web Maybank2u (melalui Settings > Pay & Transfer > Pay Limit). Perubahan pembayaran ini merangkumi kedua-dua pembayaran yang dibuat di laman web Maybank2u dan aplikasi MAE.
Bagi keselamatan perbankan dalam talian anda, tempoh bertenang selama 12 jam diperkenalkan untuk setiap permintaan peningkatan had. Ini memberikan masa untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat percubaan oleh penipu untuk meningkatkan had pemindahan tanpa kebenaran. Hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-6688 atau aktifkan Kill Switch melalui laman web Maybank2u atau aplikasi MAE app untuk menyekat sementara akaun perbankan dalam talian anda.
Anda masih boleh membuat pembayaran sehingga had semasa sepanjang tempoh bertenang 12 jam. Had baru anda akan berkuatkuasa selepas tempoh bertenang 12 jam. Kami akan maklumkan kepada anda melalui aplikasi MAE atau SMS apabila tempoh bertenang sudah bermula dan tamat.
Untuk maklumat lanjut tentang tempoh bertenang untuk had pembayaran, sila klik di sini.
Terima kasih.