Laman Web Maybank2u Klasik Akan Ditamatkan Untuk Pengguna Individu Pada 9 Jun 2025
Click here for English
Laman web Maybank2u Klasik |
Laman web Maybank2u semasa |
---|---|
![]() |
![]() |
Mulai 9 Jun 2025, pengguna individu tidak lagi boleh menggunakan laman web Maybank2u Klasik. Kesemua perkhidmatan perbankan atas talian perlu diakses melalui laman web Maybank2u semasa.
Perkhidmatan yang terdapat di laman web Maybank2u Klasik berikut akan dihentikan mengikut tarikh yang disenaraikan:
- Perkhidmatan Pemindahan Dana ke Akaun Pihak Ketiga – 12 Mei 2025
- Perkhidmatan Pemindahan Dana Antara Bank – 19 Mei 2025
Kami sarankan untuk anda berpindah ke laman web Maybank2u semasa (maybank2u.com.my) untuk semua pengurusan perbankan atas talian anda.
Laman web Maybank2u semasa ini telah dinaik-taraf dengan lebih banyak ciri, dengan reka bentuk yang mesra pengguna dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk pengalaman perbankan yang lebih selamat dan lancar. Anda masih boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada. Sebarang pembayaran dan pemindahan dana berjadual atau berulang akan diteruskan seperti biasa dan kekal selamat.
Pengguna Maybank2u Biz masih boleh melakukan perkhidmatan perbankan atas talian dengan laman web Maybank2u Klasik.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda.