Back

Pembayaran dengan Maybank2u Online Banking melalui DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW) kini berwajah baharu

Klik di sini untuk English

Pelanggan Yang Dihormati,

Dalam masa yang terdekat, halaman pembayaran dalam talian anda mungkin kelihatan berbeza apabila anda berbelanja secara dalam talian atau membuat pembayaran dengan Maybank2u melalui FPX. Ini kerana FPX, perkhidmatan pembayaran sedia ada oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), sedang digantikan secara beransur-ansur dengan DuitNow Online Banking/Wallets (DOBW).

Apa yang Anda Perlu Tahu?

Oleh itu, anda mungkin akan melihat salah satu daripada dua halaman berikut apabila anda membuat pembayaran dengan Maybank2u melalui perbankan dalam talian:

Halaman yang menggunakan FPX sedia ada

Halaman yang menggunakan DOBW baharu

 

Selain perubahan pada halaman log masuk, proses pembayaran yang lain kekal sama.

Sila ambil maklum bahawa laman web M2U yang sebenar akan memaparkan imej dan frasa keselamatan anda sebelum meminta kata laluan. Sentiasa berwaspada dan kenali tanda-tanda laman web perbankan palsu.

Untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap, klik di sini.

Jika anda memerlukan lebih banyak maklumat terperinci atau bantuan, sila e-mel kepada kami di mgcc@maybank.com.my atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).