Back
CLICK HERE FOR ENGLISH VERSION

Pembiayaan Pendidikan Maybank/-i

Dapatkan dana yang secukupnya demi masa depan pendidikan anak anda tanpa menjejaskan simpanan sedia ada

Faedah


  • Jumlah pembiayaan yang lebih tinggi sehingga RM400,000
  • Margin Pembiayaan sehingga 150% daripada nilai cagaran
  • Kadar faedah/keuntungan yang kompetitif
  • Terbuka kepada institusi tempatan dan luar negara termasuk program berkembar
  • Tempoh pembayaran semula sehingga 30 tahun
  • Skim pembayaran semula yang fleksibel

Ciri-ciri Pembiayaan


Pembiayaan Tanpa Cagaran

Jumlah Pembiayaan

Minimum: RM10,000

Maksimum: Sehingga RM150,000

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 15 tahun atau berumur 50 tahun (yang mana lebih awal)

Insurans/Takaful Etiqa

Digalakkan untuk mengambil pelan perlindungan insurans/takaful untuk perlindungan sekiranya berlaku kematian dan kecacatan kekal (boleh disertakan dalam pembiayaan, sehingga 5% daripada jumlah pembiayaan)

 

Pembiayaan Dengan Cagaran

Jumlah Pembiayaan

Minimum: RM10,000

Maksimum: Jumlah Yuran Kursus ATAU Margin Pembiayaan cagaran terpilih,

yang mana lebih rendah

Cagaran

Hartanah

  • Deposit Tetap/-i
  • Akaun Pelaburan Am/-i

Amanah Saham Bumiputera (ASB) Unit

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 20 tahun atau tidak melebihi umur 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan (yang mana lebih awal)

Sehingga 30 tahun atau tidak melebihi umur 70 tahun pada Akhir tempoh pembiayaan (yang mana lebih awal)

Margin Pembiayaan

Sehingga 30% tambahan pembiayaan daripada Margin standard Pembiayaan Perumahan ATAU jumlah pembiayaan sebanyak 120% daripada nilai hartanah.

Tambahan 30% akan dihadkan pada RM400,000 (termasuk MRTA/MRTT dan perbelanjaan berkaitan)

Sehingga 50% tambahan pembiayaan daripada Jumlah Simpanan Tetap/-i /

Akaun Pelaburan Am/-i

 ATAU jumlah pembiayaan sebanyak 150%.

Tambahan 50% akan dihadkan pada RM200,000 (termasuk MRTA/MRTT dan perbelanjaan berkaitan)

Sehingga 67% daripada Jumlah nilai unit ASB  

 

Kelayakan


Pemohon Utama

Pemohon Bersama

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar Ijazah sarjana Muda: Mestilah berumur 18 sehingga 35 tahun
  • Pelajar Lepasan Ijazah/Sijil Profesional: Mestilah berumur 18 sehingga 45 tahun
  • Pelajar institusi tempatan dan luar negara termasuk program berkembar
  • Pelajar Ijazah sarjana Muda/Lepasan Ijazah/Sijil Profesional yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Pelajar baru atau sedia ada yang memiliki surat tawaran kemasukan universiti
  • Pemohon Bersama (jika diperlukan) mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 sehingga 65 tahun dan tidak melebihi umur 70 tahun di akhir tempoh pengajian
  • Pemohon bersama mestilah daripada ahli keluarga terdekat
  • Jumlah Pendapatan isi rumah bulanan sekurang-kurangnya RM5,000

Cara untuk Memohon


Langkah 1: Muat turun dan isi Borang Permohonan Pembiayaan Pendidikan Maybank/-i

Muat turun borang

Langkah 2: Lampirkan dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon utama & pemohon bersama (jika berkenaan)
  • Bagi Pelajar Baru:
  • Surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi pengajian
  • Salinan jadual yuran kursus pengajian mengikut semester atau tahun
  • Bagi Pelajar Sedia Ada:
  • Salinan keputusan peperiksaan semester terkini
  • Salinan jadual yuran kursus pengajian mengikut semester atau tahun
  • Bagi permohonan pinjaman pembiayaan dengan cagaran:
  • Salinan hakmilik individu/strata atau SPA
  • Salinan sijil Deposit Tetap/-i atau Akaun Pelaburan Am/-i
  • Salinan kenyataan ASB

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan melalui e-mel ke studyloan@maybank.com

Emel sekarang

Maklumat Lanjut


Terma dan Syarat


  • Universiti atau institusi pengajian mestilah yang diterima pakai oleh pihak Maybank
  • Senarai kursus atau program tertakluk kepada perubahan
  • Semua permohonan Pembiayaan Pendidikan Maybank /-i adalah tertakluk kepada penilaian kredit, kelulusan serta terma dan syarat yang berkenaan.
  • Remitan pembiayaan adalah tertakluk kepada pemenuhan terma dan syarat yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan Maybank /-i.
  • Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk helaian makluman produk Pembiayaan Pendidikan Maybank/-i.

Locate a branch

Find a Maybank branch nearby you