Back


Nikmati kadar istimewa dalam talian sehingga 3.70% setahun dengan e-Islamic Fixed Deposit-i


Jom manfaatkan promosi eksklusif ini! Lakukan penempatan e-Islamic Fixed Deposit-i melalui laman web Maybank2u untuk kadar promosi masa terhad yang lebih tinggi. Tertakluk pada terma dan syarat*.

Tempoh kempen: 20 Mei - 21 Jun 2024

*atau sehingga had kempen bagi peletakan FPX telah dicapai

Click here for English

Kemas kini 20 Jun 2024: Kempen telah tamat kerana had kempen telah dicapai. Terima kasih.

Kadar eksklusif dan tempoh


Pelanggan Maybank/Maybank Islamic boleh menikmati tawaran e-Islamic Fixed Deposit-i (eIFD-i) masa terhad ini secara eksklusif. Anda hanya perlu membuat peletakan melalui laman web Maybank2u untuk menikmati kadar di bawah:

Kaedah Peletakan

Kadar Promosi

Tempoh

Peletakan Minimum

Pemindahan daripada akaun bukan Maybank (melalui FPX)

3.70%

9 bulan

RM1,000

3.55%

3 bulan

RM1,000

 

Nota:

  • Akaun Deposit Tetap yang terlibat: e-Islamic Fixed Deposit-i
  • Peletakan maksimum bagi pemindahan daripada bank lain (melalui FPX): RM30,000 bagi setiap transaksi, sehingga RM50,000 sehari*
  • Jumlah peletakan maksimum bagi setiap pelanggan: RM15,000,000 sepanjang tempoh kempen.
  • peletakan eIFD-i kali pertama mesti dibuat daripada akaun Maybank/Maybank Islamic (peletakan selepas itu boleh dibuat daripada bank lain melalui FPX)

*Sila pastikan bahawa had transaksi FPX (suatu kaedah pembayaran bagi e-dagang, beli-belah dalam talian, pemindahan peniaga dll.) anda dengan bank lain ditetapkan sebanyak RM30,000 atau lebih sehari untuk melengkapkan peletakan.

Terma dan syarat


Untuk menikmati kadar eksklusif ini, anda mesti memenuhi kriteria di bawah:

  • Menjadi pelanggan Maybank dengan Akaun Semasa dan/atau Simpanan Patuh Syariah/Konvensional ATAU pemegang Akaun Dana-i Harian (Jika anda bukan seorang pelanggan Maybank/Maybank Islamic, klik di sini untuk membuka satu akaun dalam talian)
  • Membuat permohonan melalui aplikasi laman web Maybank2u
  • Tempoh peletakan ialah selama 3 atau 9 bulan sahaja
  • Bagi mod pembayaran keuntungan, anda MESTI memilih ‘Credit to account’
  • Bagi amaun pokok, anda hendaklah meletakkan minimum RM1,000 untuk pemindahan daripada bank lain melalui FPX
  • Kaedah peletakan melalui FPX tidak terpakai untuk pemegang akaun eIFD-i bersama.
  • Sekiranya dana FPX tidak berjaya dikreditkan, dana tersebut akan dibayar balik dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Kadar kempen tertakluk pada perubahan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR)
  • Setiap pengeluaran dana sebelum tarikh matang yang dipersetujui adalah tertakluk pada terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat Am yang Mengawal Akaun Deposit untuk Perbankan Islam (Islam)
  • Kempen ini ditawarkan atas dasar siapa cepat dia dapat, sehingga mencapai peletakan had kempen.
  • Rujuk bahasa pilihan anda di bawah untuk membaca Terma & Syarat lengkap bagi kempen ini:

Cara membuat peletakan


Sila rujuk jadual di bawah untuk panduan langkah demi langkah mengenai cara membuat peletakan FPX (pindahan daripada bank lain):

 

Laman web Maybank2u

  1. Log masuk ke www.maybank2u.com.my
  2. Pergi ke ‘APPLY’ pada sudut kanan atas
  3. Di bawah ‘Fixed Deposit’, klik ‘APPLY NOW
  4. Pilih ‘Islamic Fixed Deposit
  5. Pilih bank asal untuk memindahkan dana
  6. Pilih ‘FPX-I CAMPAIGN STF & NON STF’ sebagai kempen anda
  7. Pilih sama ada tempoh ‘9 or 3 months
  8. Masukkan minimum RM1,000 sebagai amaun pokok anda
  9. Pilih ‘Credit to account’ sebagai mod pembayaraan keuntungan anda
  10. Sahkan transaksi anda dan selesai


Anda boleh melihat kadar keuntungan dalam sijil akaun e-Islamic Fixed Deposit-i anda.

Perlindungan PIDM


Kempen ini hanya terpakai untuk akaun penyertaan yang terbuka dan aktif semasa tempoh kempen.

  • Maybank Islamic Berhad ialah ahli PIDM. eIFD-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
  • Klik di sini untuk membaca Brosur Pendedahan PIDM.