Back


Tambah simpanan Tabung Haji, menangi wang tunai dan dapat pulangan tunai

 

Mulakan impian haji bersama yang tersayang sekarang. Dapatkan peluang memenangi RM1,000 dengan menambah simpanan ke Tabung Haji tanpa mengira nilainya sebanyak 3 kali setiap bulan melalui aplikasi MAE atau laman web M2U. Sekiranya anda selesaikannya dalam minggu gaji (25hb -30hb), anda juga akan menikmati pulangan tunai RM5.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Cara untuk menyertai


Tak kira berapa nilainya, setiap usaha pasti membantu anda mencapai impian mengerjakan ibadah Haji. Selain itu, anda juga berpeluang memenangi wang tunai dan dapat pulangan tunai!

Hanya lakukan 3 transaksi setiap bulan untuk menambah simpanan anda tanpa mengira nilainya melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u ke akaun Tabung Haji yang telah dipautkan ke Maybank2u untuk penyertaan memenangi wang tunai RM1,000! Lebih banyak transaksi dilakukan, lebih banyak penyertaan untuk anda sertai. Jom tambah simpanan Tabung Haji anda sekarang!

3x tambah nilai dalam apa saja jumlah = 1 penyertaan untuk memenangi RM1,000

BONUS*: Dapatkan jaminan pulangan tunai RM5 apabila melakukan 3 kali transaksi pada setiap hari gaji (25hb - 30hb)

*Terhad kepada 100 pemenang terawal setiap bulan.

Tambah simpanan Tabung Haji anda melalui MAE atau Maybank2U


Sangat mudah untuk tambah simpanan Tabung Haji anda. Hanya melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

 

Melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Di bawah ‘Quick Actions’, klik pada ‘Transfer’

Langkah 2: Pilih ‘Tabung Haji’ dan klik di ikon ‘Tabung Haji’

Langkah 3: Pilih akaun anda dan akaun Tabung Haji

Langkah 4: Masukkan jumlah transaksi

Langkah 5: Semak butiran dan sahkan dengan Secure2u

 

Melalui laman web Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u

Langkah 2:

  • Untuk pemindahan baharu: Klik 'Pay & Transfer' dan klik 'Tabung Haji'
  • Untuk pemindahan seterusnya: Klik 'New Transfer' untuk membuat pemindahan dana

Langkah 3: Klik Akaun Tabung Haji yang tertera di ‘Favourite’

Langkah 4: Masukkan jumlah transaksi

Langkah 5: Semak butiran dan sahkan dengan Secure2u

Cara pautkan Akaun Tabung Haji


Belum pautkan akaun Tabung Haji anda? Ikuti langkah mudah ini:

Langkah  1: Masukkan kad ATM anda di mana-mana ATM Maybank

Langkah  2: Pilih ‘Tabung Haji’

Langkah  3: Pilih ‘Register Tabung Haji account to ATM card’

Langkah  4: Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda dan pilih 'Yes'

Langkah  5: Masukkan nombor siri buku Tabung Haji anda dan pilih ‘Yes’ untuk mengesahkan

Langkah  6: Slip pengesahan akan dikeluarkan selepas pautan akaun berjaya dilakukan

 

KETAHUI ATM BERHAMPIRAN

Perkhidmatan Tabung Haji melalui MAE atau laman web Maybank2U


Setelah dipautkan, anda boleh menikmati perkhidmatan Tabung Haji melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u seperti berikut:

1. Mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji yang telah didepositkan

  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun Maybank
  • Pemindahan Tabung Haji ke akaun pemilik Tabung Haji

2. Anda boleh menambah akaun kegemaran untuk transaksi yang lebih mudah ke akaun insan tersayang.

3. Lihat baki akaun Tabung Haji anda (akaun utama dan akaun anak) di dashboard ‘Wealth’

4. Daftar Haji melalui Maybank2u.

Pengumuman Pemenang


 Nanti senarai Pemenang Bertuah kami!

  • Pemenang Utama RM1,000
  • Pemenang Pulangan Tunai RM5

Terma dan syarat