Back

Money Lock

Lindungi simpanan anda dengan ciri anti-penipuan baharu kami

Click here for English.

Apakah Money Lock?


Money Lock merupakan ciri keselamatan tambahan untuk melindungi wang anda dengan mengunci jumlah yang anda tentukan dalam akaun semasa atau akaun simpanan anda. Anda boleh mengunci amaun yang lebih daripada yang anda perlukan untuk perbelanjaan biasa atau yang dalam bajet. Dana yang telah dikunci hanya boleh dibuka kembali di ATM atau cawangan Maybank.

Ciri keselamatan tambahan ini dapat melindungi dana dalam akaun anda kerana ia mengelakkan Scammer daripada mengakses dana yang telah dikunci secara digital.

Kelebihan


  • Dana yang telah dikunci dalam akaun semasa atau simpanan tidak boleh diakses sehingga anda membukanya untuk digunakan.
  • Teruskan memperoleh faedah/keuntungan yang sama pada akaun semasa atau simpanan anda untuk dana Money Lock anda.
  • Kebebasan untuk meningkatkan dana yang ingin dikunci pada bila-bila masa melalui aplikasi MAE.
  • Buka kunci dana anda atau kurangkan jumlah yang dikunci di mana-mana ATM atau cawangan Maybank.

Cara mengunci dana anda


Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan ‘Accounts’

Langkah 2: Pilih akaun yang anda mahu kunci dananya

Langkah 3: Setelah akaun dipilih, tekan ikon ‘Money Lock’

Langkah 4: Sila baca informasi di skrin dan tekan ‘Lock Now’ untuk kunci dana anda

Langkah 5: Masukkan amaun yang anda mahu kunci

Langkah 6: Semak dan setuju dengan Terma & Syarat yang dipaparkan

Langkah 7: Semak butiran dan tekan ‘Confirm’

Langkah 8: Sahkan transaksi melalui Secure2u dan siap!

Dana yang telah dikunci akan muncul pada kad akaun anda dalam halaman 'Accounts'.

Cara meningkatkan amaun untuk dikunci


Langkah 1: Buka aplikasi MAE anda dan tap ‘Accounts’ di bar navigasi bawah

Langkah 2: Pilih akaun yang anda ingin tingkatkan jumlah untuk dikunci

Langkah 3: Tap ikon 'Money Lock'

Langkah 4: Masukkan jumlah yang anda ingin tingkatkan

Langkah 5: Semak butiran dan tap ‘Confirm’ untuk meningkatkan dana untuk dikunci

Jumlah dana yang dikuncikan akan dikemas kini pada kad akaun anda di halaman 'Accounts'.

Cara membuka kunci dana atau untuk mengurangkan jumlah dana yang dikunci


Untuk membuka kunci dana atau mengurangkan dana yang dikunci, sila ke ATM atau cawangan Maybank terdekat.

Buka kunci atau kurangkan dana melalui ATM Maybank:

Unlock or decrease your funds via a Maybank ATM:

Langkah 1: Pilih bahasa dan masukkan pin kad 6 digit anda

Langkah 2: Pilih ‘Other Transaction’ di menu utama

Langkah 3: Pilih 'Money Lock'

Langkah 4: Pilih akaun yang anda ingin buka kunci

Langkah 5: Pilih 'Unlock/Decrease Amount'

Langkah 6: Masukkan jumlah untuk dibuka

Langkah 7: Masukkan nombor ID anda untuk pengesahan

Langkah 8: Pilih 'Yes' untuk sahkan.

Soalan lazim


  1. Akaun manakah yang layak untuk Money Lock?

Anda boleh menggunakan ciri Money Lock untuk semua akaun Semasa dan Simpanan kecuali akaun Master Foreign Currency (MFCA), Imteen dan akaun bersama.

  1. Apa yang berlaku apabila dana saya dikunci?

Apabila dana anda dikunci, ia tidak boleh digunakan untuk:

- Aturan pembayaran baharu atau sedia ada (cth. GIRO, arahan tetap atau pindahan bertarikh masa hadapan)

- Pindahan ke akaun Maybank yang lain

- Pindahan ke akaun bank lain (cth. pindahan tempatan dan luar negara)

- Pembayaran bil atau kad kredit

- Peletakan deposit tetap atau pelaburan

- Pinjaman atau pembayaran balik cukai

- Pembayaran Cek

- Pengeluaran atau pemindahan ATM

- penggunaan kad debit

Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja dana anda dikunci, anda tidak akan dapat mengaksesnya secara digital. Ia akan disimpan selamat sehingga anda bersedia untuk membuka kunci dana. Sila pastikan anda menyimpan baki yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengelakkan sebarang yuran atau caj lewat.

  1. Bolehkah saya membuka kunci dana saya jika saya berada di luar negara?

Anda hanya boleh membuka kunci dana anda di ATM atau cawangan Maybank. Sila buat pengaturan untuk membuka kunci dana anda sebelum anda pergi ke luar negara jika anda perlu mengakses dana yang telah dikunci semasa anda tiada.

  1. Apakah yang berlaku jika saya mempunyai transaksi atau pembayaran yang belum selesai tetapi akaun saya mempunyai baki yang tidak mencukupi?

Sila pastikan anda menyimpan baki yang mencukupi dalam akaun anda untuk mengelakkan sebarang yuran atau caj lewat.

 

Untuk dana yang telah dikunci

Bagi yang mempunyai sebarang pembayaran berjadual/berulang atau arahan tetap

Untuk pembayaran berjadual/berulang atau arahan tetap, transaksi tidak akan diproses untuk bulan tertentu dan anda mungkin perlu membuat pembayaran secara manual. Walau bagaimanapun, transaksi masih akan diteruskan untuk bulan berikutnya tertakluk kepada ketersediaan dana.

Jika anda mempunyai sebarang bayaran atau caj

Untuk akaun semasa, yuran akan ditolak daripada akaun anda. Walau bagaimanapun, jika baki akaun anda negatif, anda berkemungkinan dikenakan caj tambahan dan akaun anda berkemungkinan digantung.

Untuk akaun simpanan, yuran tidak akan diproses dan akaun anda berkemungkinan digantung. Jika anda juga mempunyai Akaun Semasa, bayaran akan ditolak daripada Akaun Semasa anda.

Jika anda mengeluarkan cek dan Bank melantun/memulangkan semula cek anda

Bank mungkin memulangkan cek anda dan caj tambahan akan dikenakan pada akaun anda kerana dana tidak mencukupi.

Nota: Sekiranya Bank memulangkan cek anda, penerima anda tidak akan menerima dana tersebut.

 

Klik sini untuk membaca Soalan Lazim yang selanjutnya.