Back

Click here for English

Pengertian Zakat


Zakat adalah rukun Islam yang keempat dan merupakan kewajiban bagi setiap Muslim untuk menyerahkan sebahagian dari harta kekayaan mereka yang berasal dari sumber yang baik kepada golongan yang memerlukan dan berhak menerimanya.

Apa itu Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan


Maybank Islamic Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan adalah sebuah perkhidmatan yang memudahkan penunaian kewajipan zakat. Dengan kemudahan Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan yang boleh diakses melalui laman web Maybank2u dan aplikasi MAE, zakat akan dihitung dan dibayar secara langsung dari akaun tanpa kos tambahan.

Kelebihan sistem pengiraan ini adalah mengelakkan kesilapan dalam pengiraan zakat. Selain itu, ia membolehkan penggabungan semua pembayaran zakat untuk Akaun Patuh Syariah dalam satu penyata.

Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan kini tersedia untuk semua akaun semasa dan simpanan Maybank Islamic, termasuk Daily Fund-i, Term Deposit, dan Term Fund-i. Pada masa ini, pembayaran zakat melalui kemudahan ini boleh dilakukan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke agensi zakat yang lain. Dengan Maybank Islamic, penunaian zakat menjadi lebih mudah dan efisien.

Kelayakan


Siapa yang boleh memohon?

  • Pemegang akaun individu
  • Rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas

Nota: Ciri ini tidak tersedia untuk pemegang akaun bersama, rakyat asing, Pemilikan Tunggal, Kelab dan Persatuan.

Akaun-akaun yang terlibat


Akaun-akaun yang layak untuk ciri baharu ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Akaun-akaun yang layak untuk ciri baharu ini

Akaun Simpanan & Semasa

Daily Fund-i

Deposit Berjangka-i & Term Fund-i

  • Basic Savings Account-i
  • Basic Current Account-i
  • Savings Account-i
  • Current Account-i
  • Maybank2u Savers-i
  • Personal Savers-i
  • Flexi Saver-i
  • Master Foreign Currency Account-i
  • MAE
  • Golden Savvy Account-i
  • Zest-i Account
  • Private Banking Account-i
  • Premier Mudharabah Account-i
  • Prosperous Now! Account-i
  • Islamic Fixed Deposit-i
  • General Investment Account-i

 

Cara memohon Zakat Simpanan & Pelaburan?


Rujuk langkah demi langkah di bawah untuk cara mengaktifkan Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan:

Melalui laman web Maybank2u

 

Melalui aplikasi MAE

Pengiraan


Pengiraan Zakat Simpanan & Pelaburan oleh Maybank Islamic akan berlangsung setiap tahun pada 31 Oktober dan pembayaran akan dilakukan pada 7 November. Jika baki tidak mencukupi pada tarikh pembayaran pertama, percubaan pembayaran kedua akan dilakukan dalam tempoh 7 hari seterusnya, iaitu pada 14 November. Tidak ada yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan.

Maybank Islamic Berhad akan mengira jumlah zakat berdasarkan 2.5% daripada jumlah harta pelanggan (Savings, Current, Term Deposit, Term Fund-i dan Daily Fund-i) yang sama atau melebihi jumlah minimum Nisab pada akhir tempoh, iaitu 30 Oktober. Contoh pengiraan disediakan di bawah:

Jenis Akaun

Tarikh & Tahun DibukaBaki pada 31 Oktober 2023 (RM)

Savings Account-i

1 Mac 2014

10,000

Private Banking Account-i

1 Mac 2018

70,000

Islamic Fixed Deposit-i

1 Mac 2023

15,000

Jumlah (RM)

 

95,000

Taksiran Zakat

 

95,000 x 2.5% = 2,375

 

Agensi Zakat

Kadar Nisab untuk 2024

Lembaga Zakat Selangor

RM24,007

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP

RM24,198

 

Nota : Nisab adalah jumlah harta yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim sebelum dia diwajibkan menunaikan zakat. Nisab ditentukan oleh Agensi Zakat dan mungkin berbeza antara setiap negeri.

Soalan Lazim


Soalan Lazim

1. Adakah perkhidmatan ini wajib untuk semua pelanggan?

Pekhidmatan ini digalakkan kepada pelanggan beragama Islam kerana zakat simpanan dan pelaburan adalah levi wajib ke atas setiap orang Islam yang mempunyai harta yang menyamai atau melebihi Nisab minimum.

2. Adakah semua pelanggan yang akaunnya layak untuk dinilai akan dikenakan Zakat Auto Debit?

Tidak, hanya pelanggan yang mempunyai jumlah simpanan dan pelaburan bersamaan atau melebihi Nisab yang telah ditetapkan untuk tempoh tertentu akan dikenakan kutipan zakat.

3. Adakah perkhidmatan ini untuk Akaun Patuh Syariah sahaja?

Ya, perkhidmatan ini hanya tersedia untuk Akaun Patuh Syariah sahaja. Sekiranya pelanggan mempunyai kedua-dua kategori Akaun Patuh Syariah dan Konvensional, maka hanya Akaun Patuh Syariah yang akan dinilai untuk kutipan zakat.

4. Adakah pelanggan akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan ini?

Tidak, para pelanggan tidak akan dikenakan sebarang yuran perkhidmatan.

Klik di sini untuk  Soalan Lazim tentang Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan

Klik di sini untuk Terma & Syarat Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan

Klik di sini untuk PDS Auto Debit untuk Zakat Simpanan & Pelaburan

 

 

Maybank Islamic ialah ahli PIDM. Perlindungan PIDM tertakluk pada kriteria yang boleh diinsuranskan. Sila rujuk senarai deposit yang diinsuranskan melalui laman web Maybank2u untuk maklumat lanjut.

Klik di sini untuk Risalah DIS PIDM