Back

Penutupan laman web Klasik Maybank2u

Akses lebih banyak ciri perbankan terkini melalui laman web M2U terkini

Kemas Kini Penting


Anda tidak akan dapat mengakses laman web Klasik tidak lama lagi kerana semua perkhidmatan di laman web Klasik telah dipindahkan secara kekal ke web Maybank2u terkini. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian anda.

Beralihlah ke laman web Maybank2u terkini hari ini kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri laman web klasik dan banyak lagi. Anda tidak perlu bimbang kerana anda masih boleh log masuk ke akaun Maybank2u dengan nama pengguna dan kata laluan anda yang sedia ada.

Nikmati pengalaman perbankan dalam talian yang lebih mudah di laman web M2U terkini


Pada tahun 2018, Maybank melancarkan laman web Maybank2u yang baharu dan telah ditambah baik untuk memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih mudah.

Kami menyediakan senarai maklumat dan video panduan langkah demi langkah untuk membantu anda memudahkan peralihan dan membiasakan diri dengan laman web Maybank2u terkini.

Bagaimanakah perubahan ini mempengaruhi anda?


Jika anda masih menggunakan laman web Klasik, beralihlah ke laman web Maybank2u hari ini dan terus lakukan perbankan dalam talian anda. Anda masih boleh log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan anda yang sedia ada.

Nota: Ini tidak menjejaskan pengguna Maybank2u Biz, anda boleh terus lakukan transaksi dalam talian seperti biasa.

Soalan Lazim (FAQ)


  1. Bagaimana cara untuk mengakses laman web Maybank2u terkini?
    Laman web Maybank2u terkini boleh diakses melalui www.maybank2u.com.my. Setelah membuka halaman web, log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan yang sedia ada.
  2. Bolehkah saya log masuk dan melakukan transaksi di laman web Klasik?
    Mulai akhir Jun 2023, anda tidak akan dapat mengakses laman web Klasik lagi. Sila beralih ke laman web Maybank2u terkini di www.maybank2u.com.my untuk terus melakukan perbankan dalam talian anda. Untuk memudahkan peralihan anda, sila klik di sini untuk menonton video panduan langkah demi langkah tentang cara mencari perkhidmatan di laman web Maybank2u terkini.
  3. Adakah saya perlu mencipta nama pengguna dan kata laluan baharu untuk log masuk ke laman web Maybank2u terkini?
    Tidak, anda boleh log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda yang sedia ada di laman web Maybank2u terkini.
  4. Adakah butiran perbankan dalam talian saya masih sama di laman web Maybank2u terkini?
    Ya. Butiran perbankan dalam talian dan akaun anda akan kekal sama. Penerima/pengirim wang dan pemindahan ‘Favourite’ anda yang disimpan sebelum ini juga tersedia secara automatik.
  5. Apakah alamat (URL) bagi laman web Maybank2u terkini?
    Ia adalah www.maybank2u.com.my.
  6. Adakah saya perlu menyimpan pemindahan dan pembayaran bil ‘Favourite’ sekali lagi?
    Tidak. Semua transaksi kegemaran anda yang disimpan akan tersedia secara automatik pada Maybank2u terkini.
  7. Adakah saya perlu menetapkan pembayaran berulang dan pemindahan saya sekali lagi?
    Tidak. Butiran berulang yang anda simpan akan tersedia secara automatik di laman web Maybank2u terkini.
  8. Adakah saya perlu mengemas kini pelayar Internet saya untuk menggunakan laman web Maybank2u terkini?
    Untuk pengalaman carian Internet terbaik, kami menggalakkan anda untuk mengakses laman web dengan versi terkini pelayar Internet.

Untuk Soalan Lazim yang lebih komprehensif, klik di sini.

Video-video panduan


Berikut adalah video-video panduan untuk membantu anda membiasakan diri dengan perbankan dalam talian di laman web Maybank2u terkini. Anda juga boleh klik di sini untuk melayari saluran YouTube rasmi Maybank.