Capai impian anda dengan menyimpan
di Tabung pada aplikasi MAE

Sama ada menyimpan untuk kereta atau percutian idaman, Tabung boleh membantu menjadikan impian anda satu realiti. Mula menyimpan dengan Boosters atau menyimpan bersama rakan dan keluarga melalui Group Tabung hari ini!

*Tabung yang dipautkan dengan dompet MAE tidak akan menjana pulangan.

Buka Tabung Sekarang


Click here for English page

Simpan secara individu

Anda boleh menyimpan untuk apa-apa sahaja. Sama ada untuk sebuah peranti atau hari perkahwinan anda, semua pun boleh dicapai dengan Tabung. Anda boleh buka sehingga 10 Tabung sekaligus. Mula dengan tetapkan matlamat Tabung serendah RM10.

Simpan bersama-sama

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Jadi, cubalah Tabung dengan rakan-rakan anda sehingga 5 orang dan simpan bersama-sama dalam satu kumpulan!Jemputlah rakan-rakan anda dan tetapkan matlamat serendah RM10.

Sudah ada Tabung? Tambahlah Boosters!

Boosters bertujuan untuk membantu anda mencapai matlamat jangka pendek atau jangka panjang anda dengan lebih cepat. Terokai pelbagai cara yang boleh membantu anda mencapai matlamat anda lebih awal dengan Boosters di bawah:

1. Spare Change

Seperti memasukkan duit baki ke dalam bekas syiling, Boosters ini membulatkan jumlah transaksi Scan & Pay kepada nilai yang anda tetapkan dan menyalurkan baki tersebut ke dalam Tabung anda.

Adam mengaktifkan Boosters Spare Change untuk Tabungnya.

Dia membayar makan tengaharinya. Jumlah keseluruhan ialah RM9.10.

Boosters ini membulatkan jumlah transaksi kepada ringgit terdekat (RM10 dipotong dari akaunnya).

Tambahan RM0.90 tersebut disalurkan ke dalam Tabungnya untuk membantu capai matlamat lebih cepat!

2. Scan & Save

Sekiranya anda sentiasa mencari tawaran menarik, anda juga boleh mendapatkannya melalui transaksi Scan & Save anda. Nantikan promosi Scan & Pay kami. Perbezaan jumlah akan disimpan ke dalam Tabung anda sebaik sahaja anda menggunakannya.

Nora mengaktifkan Boosters Scan & Save untuk Tabungnya.

Dia membeli-belah dan menggunakan Scan & Pay pada Aplikasi MAE.

Bilnya berjumlah RM100 tetapi dia menggunakan promosi potongan 20%.

Dia membayar RM100 kepada peniaga.

RM20 dipotong dari akaunnya dan disalurkan ke dalam Tabungnya untuk membiayai matlamatnya!

3. Guilty Pleasure

Kami ingin menjadikan terapi runcit anda lebih bermakna dan bermanfaat. Sekiranya anda berbelanja melebihi had kategori tertentu, nilai yang telah ditetapkan akan disalurkan ke dalam Tabung anda. Had perbelanjaan harian ini boleh disesuaikan, diaktifkan atau dinyahaktifkan pada bila-bila masa.

Vina mengaktifkan Boosters Guilty Pleasure untuk Tabungnya. Dia menetapkan RM20 untuk dipindahkan ke dalam Tabungnya setiap kali melebihi had harian RM500 dalam kategori Beli-belah.

Dia membelanjakan RM600 semasa membeli-belah

Tambahan RM20 itu disalurkan ke dalam Tabungnya untuk membantunya mencapai matlamatnya!

Sekiranya dia terus berbelanja untuk kategori 'Beli-belah' pada hari tersebut, RM20 akan ditambahkan ke dalam Tabungnya untuk setiap transaksi yang dilakukan.

freemarker.template.TemplateException: Error reading included file iwov-resources/ftl/common/Footer.ftl