Back

Akses Berbilang untuk Perniagaan Tunggal

Tukar antara akses individu dan perniagaan tunggal di aplikasi MAE.

Click here for English

Info Penting


Pelanggan Maybank dengan akses individu dan perniagaan tunggal kini dapat memaut, menyahpaut dan menukar antara berbilang akaun mereka pada satu peranti melalui aplikasi MAE.

Untuk mendapat ciri baharu ini, pelanggan perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi 0.9.25 baharu. Ia akan tersedia di platform aplikasi Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Tukar antara akaun dengan mudah dengan pemautan berbilang akses


Pemautan berbilang akses membolehkan anda bertukar dengan lancar antara akaun M2U perniagaan tunggal anda dan akaun M2U individu anda tanpa perlu berpindah peranti, sekaligus memudahkan pengurusan akaun yang berbeza.

Siapakah yang boleh memautkan berbilang akses kepada aplikasi MAE mereka?


Mana-mana pelanggan yang mempunyai akses individu dan perniagaan tunggal boleh memautkan berbilang akses di aplikasi MAE mereka.

Bagaimanakah cara untuk memautkan berbilang akaun dan mengeluarkan akaun M2U yang dipautkan dalam aplikasi MAE?


Cara memautkan berbilang ID pada satu peranti:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Ikuti mana-mana titik kemasukan yang disenaraikan di bawah:
    1. a. Settings > Switch
    2. b. Settings > Maybank2u > Manage M2U Access
    3. c. Accounts > Tekan ‘…’ di bahagian kanan atas skrin > Link or Switch M2U Access
  3. Tekan butang ‘Link M2U access’.
  4. Ikut arahan pada skrin, tekan ‘Done’ dan anda telah berjaya memautkan akses ID M2U baharu!

 

Cara menyahpaut akses:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Ikuti mana-mana titik kemasukan yang disenaraikan di bawah:
    1. a. Settings > Switch
    2. b. Settings > Maybank2u > Manage M2U Access
    3. c. Accounts > Tekan ‘…’ di bahagian kanan atas skrin > Link or Switch M2U Access
  3. Tekan 3 titik di bahagian kanan atas skrin
  4. Pilih akses M2U yang anda ingin nyahpaut dan tekan ‘x’.
  5. Tekan ‘Confirm’ dan anda berjaya menyahpaut akses anda!

Bagaimanakah untuk menukar antara akses M2U?


Cara bertukar akses:

  1. Buka aplikasi MAE
  2. Ikuti mana-mana titik kemasukan yang disenaraikan di bawah:
    1. a. Settings > Switch
    2. b. Settings > Maybank2u > Manage M2U Access
    3. c. Accounts > Tekan ‘…’ di bahagian kanan atas skrin > Link or Switch M2U Access
  3. Anda akan dapat melihat semua akses M2U yang telah dipaut. Tekan akses M2U pilihan anda untuk bertukar antara akaun.

Berapa banyak akses Perniagaan Tunggal dan akses Individu yang boleh saya pautkan dalam aplikasi MAE?


Sehingga 5 akses M2U boleh dipautkan pada masa yang sama, seperti yang ditunjukkan di bawah:

  • 5 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 4 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 3 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 2 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 1 ID M2U Perniagaan Tunggal, 1 ID M2U Individu
  • 1 ID M2U Perniagaan Tunggal
  • 1 ID M2U Individu

Perlukah saya mengaktifkan Secure2u sekali lagi?


Ya, anda perlu mengaktifkan semula Secure2u melalui ATM dan melalui tempoh bertenang minimum 12 jam, untuk setiap akses baharu yang ditambah. Ini hanya diperlukan untuk kali pertama.

Anda amat disyorkan untuk memautkan semua akses anda dan membuat pendaftaran Secure2u untuk semua akaun anda pada masa yang sama kerana ini akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan Secure2u.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai pengaktifan Secure2u, klik di sini.

Bolehkah saya masih mengakses semua ciri dalam aplikasi MAE apabila saya menggunakan berbilang akses?


Ya, anda boleh menikmati hampir semua ciri aplikasi MAE seperti biasa. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat:

  • Terima Jemputan ‘Group Tabung’.
  • Terima permintaan ‘Split Bill’.
  • Terima permintaan wang melalui fungsi ‘Send & Request’.

Bolehkah saya memautkan semua akses M2U individu saya?


Tidak, kemas kini semasa ini hanya untuk pelanggan yang mempunyai akses individu dan perniagaan tunggal.

Bolehkah saya memautkan akses M2U yang bukan milik saya?


Tidak, aplikasi MAE akan mengesan jika akses itu milik anda berdasarkan maklumat berdaftar anda dengan bank.

Bolehkah saya menggunakan akses M2U yang sama pada masa yang sama pada peranti berasingan?


Tidak, setiap akses M2U hanya boleh dipautkan pada satu peranti pada satu masa. Jika anda memautkan akses M2U yang sama pada peranti lain, anda akan dilog keluar daripada peranti.

Apakah yang berlaku jika saya cuba menambah lebih daripada 5 akses?


Selepas menambah 5 akses M2U, pilihan pautan akan dikelabukan untuk menunjukkan bahawa tiada lagi akses boleh ditambahkan pada peranti itu. Anda perlu menyahpaut akses M2U sedia ada sebelum menambah yang baharu.

Adakah terdapat sebarang had untuk menukar atau menyahpaut akses M2U?


Tidak, tiada had. Satu-satunya had adalah untuk memaut, iaitu sehingga maksimum 5 akses M2U.

Soalan Lazim (FAQ)


Klik di sini untuk membaca Soalan Lazim.