Back

Click here for English

Perpindahan kekal Secure2u ke aplikasi MAE

Transaksi yang lebih cepat, lebih selamat dengan Secure2u pada MAE

Kemas Kini Penting


Tidak lama lagi, Secure2u akan dipindahkan secara kekal ke aplikasi MAE. Sekiranya anda memerlukan bantuan berkenaan pengesahan transaksi, anda boleh:

  1. Menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 atau emelkan kepada kami di mgcc@maybank.com.my.
  2. Kunjungi cawangan Maybank/Maybank Islamic terdekat dengan anda.

Untuk memudahkan anda, cawangan-cawangan ini juga dibuka pada hujung minggu:

  • KLCC, Kuala Lumpur (Sabtu & Ahad dari 10 pagi hingga 6 petang)
  • Kelantan (Ahad dari 9:30 pagi hingga 4 petang)
  • Terengganu (Ahad dari 9:30 pagi hingga 4 petang)


Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk mengukuhkan keselamatan perbankan dalam talian anda, kami akan memindahkan Secure2u ke aplikasi MAE.

Tidak lama lagi, Secure2u pada aplikasi M2U MY tidak lagi dapat digunakan untuk meluluskan transaksi.

Aktifkan Secure2u pada MAE kerana ia akan menjadi satu-satunya kaedah pengesahan untuk meluluskan transaksi yang dilakukan melalui laman web Maybank2U, aplikasi M2U MY, aplikasi MAE, dan kad debit/kredit Maybank (urus niaga kad dalam talian).

Harap maklum bahawa tempoh pengaktifan (min. 12 jam) akan berkuat kuasa apabila anda:

  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau
  • Mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE pada peranti lain

Anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas tempoh pengaktifan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Secure2u, klik di sini.

Faedah Secure2u pada MAE


Keselamatan pelanggan tetap menjadi keutamaan kami. Secure2u pada aplikasi MAE menyediakan pelbagai langkah perlindungan tambahan seperti berikut:

  • Melalui tempoh pengaktifan, Secure2u pada aplikasi MAE menyediakan perlindungan yang dipertingkatkan untuk mengelakkan transaksi yang dibuat tanpa kebenaran. Tempoh pengaktifan ini hanya diperlukan sekali sahaja untuk setiap peranti yang didaftarkan ke aplikasi MAE baru.
  • Kelulusan pantas dengan sekali klik untuk transaksi melalui Maybank2u web, aplikasi M2U MY atau aplikasi MAE termasuk transaksi atas talian bagi Kad Debit dan Kredit Maybank.
  • Mengurangkan risiko penipuan melalui TAC.

Nota: Jika anda melihat transaksi yang mencurigakan dalam akaun anda, gunakan Kill Switch untuk melindungi wang dalam akaun anda dengan serta-merta. Baca lebih lanjut mengenai Kill Switch di sini.

Bagaimanakah hal ini memberi kesan kepada anda?


Jika anda masih menggunakan Secure2u pada aplikasi M2U:

  • Anda tidak boleh lagi menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi
  • Anda perlu aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi

Jika anda belum lagi mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE:

  • Anda perlu aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi melalui aplikasi MAE, aplikasi M2U atau web M2u.

Jika anda menggunakan Kad Debit atau Credit Maybank bagi transaksi atas talian:

  • Anda tidak boleh lagi menggunakan kod MSOS untuk meluluskan transaksi.
  • Anda perlu aktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi.

Sila baca FAQ kami di bawah untuk mengetahui tentang bagaiman Secure2u pada aplikasi MAE boleh melibatkan transaksi anda dengan lebih lanjut.

Cara mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE


Tukar dan muat turun ke aplikasi MAE supaya anda dapat mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda bagi meluluskan transaksi MAE/M2U anda. Begini caranya:

Langkah 1: Muat turun aplikasi MAE di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery

Langkah 2: Lancarkan aplikasi MAE dan klik Secure2u' di “Quick Actions”

Langkah 3: Klik “Activate Now” untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.

Langkah 4: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS

Langkah 5: Masukkan nombor ID M2U/ nombor IC anda

Langkah 6: Sahkan nama peranti anda dan anda sekarang sudah bersedia!
 

Untuk video bagaimana untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE, sila tonton di sini:

 

Kenapa saya perlu menggunakan aplikasi MAE?


Aplikasi MAE menawarkan lebih daripada sekadar ciri keselamatan baharu seperti:

  • Semua ciri perbankan M2U anda
  • Ciri-ciri gaya hidup seperti pengurusan wang, pembelian tiket wayang, penghantaran makanan dan banyak lagi
  • Boleh diakses dengan ID log masuk M2U anda yang sedia ada.

Baca lebih lanjut mengenai aplikasi MAE di sini.

Soalan Lazim (FAQ) berkenaan Secure2u pada MAE


 

Saya mempunyai…

Tindakan:

1

…aplikasi M2U di dalam peranti saya.

Saya sudah AKTIFKAN Secure2u di dalam aplikasi M2U saya.

Tidak lama lagi, hanya Secure2u melalui aplikasi MAE sahaja dibenarkan.

Anda perlu memuat turun aplikasi MAE dan mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk peranti anda.

Setelah diaktifkan, anda akan menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE anda untuk membenarkan transaksi anda.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

2

…aplikasi M2U di dalam peranti saya.

Saya belum MENGAKTIFKAN Secure2u di dalam aplikasi M2U saya.

Sila refer ke soalan 1 di atas

3

…aplikasi MAE di dalam peranti saya.

Saya sudah AKTIFKAN Secure2u dalam aplikasi MAE saya.

Tiada apa lagi yang perlu dilakukan. Anda akan dapat berurusan dan membuat transaksi seperti biasa.

4

…aplikasi MAE di dalam peranti saya.

Saya belum MENGAKTIFKAN Secure2u di dalam aplikasi MAE saya.

Anda perlu mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda.

Setelah diaktifkan, anda akan terus menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi anda.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

5

…kedua-dua aplikasi MAE dan aplikasi M2U MY dalam telefon saya.

 

Anda perlu memuat turun atau beralih ke aplikasi MAE dan mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda. Anda boleh log masuk ke aplikasi MAE menggunakan ID M2U anda.

Setelah diaktifkan, anda akan segera menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE. Notifikasi tersebut digunakan untuk mengesahkan transaksi MAE/M2U anda.

Nota: Tempoh pengaktifan (min. 12 jam) berkuat kuasa setelah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk kali pertama atau pada peranti lain. Ini mencegah kelulusan transaksi tidak sah. Anda hanya boleh menggunakan Secure2u pada MAE untuk meluluskan transaksi selepas tamat tempoh pengaktifan

6

…melakukan/memulakan transaksi di laman web Maybank2u.

Saya telah MENGAKTIFKAN/MENDAFTAR Secure2u pada aplikasi M2U MY saya.

Anda perlu memuat turun atau beralih ke aplikasi MAE dan mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE anda. Anda boleh log masuk ke aplikasi MAE menggunakan ID M2U anda.

Setelah diaktifkan, anda akan segera menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE. Notifikasi tersebut digunakan untuk mengesahkan transaksi MAE/M2U anda.

Nota: Untuk transaksi segera atau mengelakkan gangguan perkhidmatan, aktifkan Secure2u anda pada MAE terlebih dahulu kerana tempoh pengaktifan (min. 12 jam) berkuat kuasa setelah anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE untuk kali pertama atau pada peranti lain. Ini mencegah kelulusan transaksi tidak sah. Anda hanya boleh menggunakan Secure2u pada MAE untuk meluluskan transaksi selepas tamat tempoh pengaktifan.

7

…pernah muat turun aplikasi MAE tetapi sudah nyahpasang daripada peranti saya.

Saya sudah AKTIFKAN Secure2u dalam aplikasi MAE saya sebelum ini.

Anda perlu memuat-turun semula aplikasi MAE pada peranti anda.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

8

…pernah memuat turun aplikasi MAE tetapi sudah nyahpasang daripada peranti saya.

Saya belum MENGAKTIFKAN Secure2u di dalam aplikasi MAE.

Anda perlu memuat-turun semula aplikasi MAE pada peranti anda.

Setelah diaktifkan, anda akan terus menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi anda.

Nota: Tempoh pengaktifan (min. 12 jam) akan berkuat kuasa apabila anda mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE buat kali pertama atau pada pernati lain. Ini untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang tidah sah. Anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas minima 12 jam.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

9

…tidak mempunyai aplikasi MAE atau M2U. (Saya adalah pemegang kad Kredit atau Debit Maybank).

 

Anda perlu memuat-turun semula aplikasi MAE pada peranti anda. Gunakan ID M2U anda untuk mengaktifkan.

Setelah diaktifkan, anda akan terus menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi anda.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

10

…baru membeli peranti yang baru.

Saya sudah AKTIFKAN Secure2u dalam aplikasi MAE saya sebelum ini.

Secure2u hanya boleh disediakan dan didaftarkan kepada satu peranti sahaja.

Setelah diaktifkan pada peranti baru anda, anda akan terus menerima notifikasi Secure2u melalui aplikasi MAE untuk meluluskan transaksi anda.

Baca di atas untuk mengetahui cara-cara untuk mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE.

11

… mengaktifkan Secure2u untuk aplikasi MAE pada telefon saya dan tempoh pengaktifan masih berjalan. Tetapi saya perlu membuat transaksi segera. Apa yang perlu saya lakukan?

 

Tempoh pengaktifan masih diperlukan untuk melindungi dan menjamin transaksi perbankan dalam talian anda. Anda perlu menunggu 12 jam atau 18 jam (jika pengaktifan dilakukan dari 6pm-12am).

Walau bagaimanapun, pemindahan wang ke dalam akaun sendiri, akaun “Favourites” atau pembayaran melalui Kod QR masih dibenarkan kerana ia tidak memerlukan Secure2u.

Untuk bantuan segera, sila hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-6688.

12

… menerima notifikasi Secure2u tetapi saya TIDAK memulakan pengaktifan Secure2u. Apa yang perlu saya lakukan?

 

Sila tukar kata laluan Maybank2u anda dengan segera dan hubungi Fraud Hotline kami di 03-58914744 untuk bantuan segera.

Jika anda mengesyaki seseorang mempunyai akses kepada nama pengguna dan kata laluan perbankan anda, sila gunakan ciri Kill Switch pada aplikasi MAE untuk menyekat akses ke akaun Maybank2u anda buat sementara waktu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ciri Kill Switch, sila klik di sini.

13

…tidak dapat memuat turun aplikasi MAE ke dalam peranti saya. Apa yang perlu saya lakukan?

 

Untuk memuat turun aplikasi MAE pada peranti anda, sila pastikan Operation System (OS) peranti anda telah dikemas kini kepada versi terbaru (Android 9 & ke atas, iOS 13 & ke atas). OS terbaru pada peranti anda akan memastikan ciri-ciri keselamatan dan sekuriti terkini bagi aplikasi MAE anda.

14

…berbilang ID M2U untuk mengakses akaun saya. Adakah aplikasi MAE membenarkan berbilang ID?

 

 

Untuk memastikan keselamatan yang lebih baik untuk transaksi perbankan anda, aplikasi MAE hanya membenarkan satu log masuk ID M2U untuk satu pendaftaran Secure2u bagi setiap peranti.

  • Saya mempunyai beberapa ID M2U untuk mengakses akaun peribadi saya secara berasingan

Kami menggalakkan anda untuk menggabungkan semua akses perbankan dalam talian anda ke dalam satu ID M2U.

Sila kunjungi cawangan Maybank/Maybank Islamic terdekat untuk kami membantu anda dalam hal ini.

  • Saya mempunyai beberapa ID M2U untuk mengakses akaun individu dan perniagaan pemilikan tunggal saya secara berasingan

Aplikasi MAE hanya membenarkan satu log masuk ID M2U untuk satu pendaftaran Secure2u bagi setiap peranti.

Untuk bantuan lanjnut, sila hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-6688.