Back
Talk To Us

Secure2u

Kaedah pengesahan transaksi yang lebih selamat dan mudah

Kemas kini penting


Harap maklum bahawa bermula 31 Oktober 2023, semua pengaktifan Secure2u untuk kali pertama dan pengaktifan Secure2u pada peranti baharu perlu dilakukan di ATM Maybank, sejajar dengan langkah keselamatan terkini oleh Bank Negara Malaysia.

Apa itu Secure2u?


Secure2u ialah kaedah yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan transaksi Maybank2u dan MAE menggunakan Secure Verification (kelulusan sekali ketik) dan Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi anda). Ciri ini tersedia di aplikasi MAE.

Sebaik sahaja anda mengaktifkan Secure2u, ia akan menjadi kaedah utama untuk meluluskan SEMUA transaksi.

Lebih selamat dan cepat dengan Secure2u


Secure2u mengikat peranti anda dengan akaun Maybank2u anda dan menawarkan tahap keselamatan tambahan kerana semua transaksi yang dilakukan hanya boleh disahkan menggunakan peranti anda yang berdaftar. Ciri pengikat peranti Secure2u yang unik ini juga mengurangkan risiko penipuan TAC.

Secure2u pada aplikasi MAE juga ditambah baikkan dengan tempoh pengaktifan minima 12 jam untuk mengelakkan kelulusan transaksi yang mencurigakan.

Anda boleh menjana Secure TAC 6 digit dengan mudah menggunakan aplikasi MAE, bergantung pada jenis transaksi. Atau, terima notifikasi Secure Verification pada peranti anda untuk mengesahkan atau menolak transaksi. Dengan Secure2u, anda tidak perlu menunggu SMS TAC lagi dan boleh meluluskan transaksi dengan lebih cepat!

Cara meluluskan transaksi menggunakan:

  • Secure Verification
    Setelah anda membuat permintaan Secure Verification, anda akan menerima push notification pada telefon pintar anda (ini adalah peranti yang anda daftarkan untuk Secure2u). Buka notifikasi untuk melihat Secure Verification, kemudian 'Approve' atau 'Reject' transaksi dalam masa 50 saat.
    Tip: Pastikan anda telah mendayakan push notification untuk aplikasi MAE pada telefon pintar anda.
  • Secure TAC
    Anda boleh mendapatkan Secure TAC 6 digit daripada aplikasi MAE anda dengan menekan ‘Secure2u’ di bahagian Quick Actions. Masukkan Secure TAC untuk meluluskan transaksi anda. Nombor 6 digit ini dijana secara automatik setiap 30 saat, jadi pastikan nombor itu masih sah apabila anda memasukkannya.

Aktifkan Secure2u di ATM Maybank


Bahagian 1:

Daftar Secure2u melalui aplikasi MAE

Bahagian 2:

Aktifkan Secure2u di ATM Maybank

  1. Muat turun atau lancarkan aplikasi MAE
  2. Pada bahagian Quick Actions, tekan ‘Secure2u’ untuk daftarkannya pada peranti anda
  3. Tekan ‘Register Secure2u Now’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan pendaftaran

Setelah pendaftaran Secure2u anda selesai, anda akan menerima push notification dan SMS untuk memberitahu anda supaya mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari.

Jangan lupa untuk bawa bersama kad debit, kredit, atau caj ke ATM Maybank seperti yang dinyatakan pada aplikasi MAE setelah pendaftaran Secure2u anda berjaya.

Setelah anda mendaftar Secure2u pada aplikasi MAE, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkannya:

  1. Apabila berada di ATM Maybank, masukkan kad anda dan masukkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) kad tersebut.
  2. Pada Menu Utama, pilih ‘Secure2u Activation’
  3. Pilih ‘Activate Secure2u’ dan ikuti arahan pada paparan untuk lengkapkan proses pengaktifan

Setelah anda mengaktifkan Secure2u pada MAE, terdapat tempoh pengaktifan minimum 12 jam sebelum anda boleh menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Ini untuk menghalang pengaktifan Secure2u yang tidak sah.

Soalan lazim (FAQ)


  1. Saya telah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
    Tidak. Sekiranya anda telah mengaktifkan Secure pada MAE, anda boleh terus mengesahkan transaksi seperti biasa sehingga apabila anda bertukar kepada peranti baharu pada 31 Oktober 2023 dan seterusnya.

  2. Saya telah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi MAE tetapi saya perlu bertukar kepada peranti yang baharu pada 31 Oktober 2023 dan seterusnya. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
    Ya. Sekiranya anda akan bertukar kepada peranti yang baharu pada 31 Oktober 2023 dan seterusnya, anda perlu mendaftarkan Secure2u pada aplikasi MAE di peranti baharu anda dan kemudian mengaktifkan Secure2u anda di ATM Maybank.

  3. Saya mempunyai berbilang ID Maybank2u untuk mengakses akaun individu dan akaun pemilikan tunggal secara berasingan. Bagaimanakah kemas kini akan memberi kesan kepada saya?
    Jika anda belum mengaktifkan Secure2u sebelum ini atau jika anda menukar kepada peranti baharu mulai 31 Oktober 2023 dan seterusnya, untuk memastikan keselamatan yang lebih baik untuk transaksi perbankan anda, apl MAE hanya membenarkan satu pendaftaran Secure2u bagi setiap peranti, jadi anda perlu mengaktifkan Secure2u untuk setiap ID Maybank2u secara berasingan pada peranti yang berbeza.

    Untuk berbilang ID M2U individu
    Anda mempunyai pilihan untuk menggabungkan berbilang ID M2U individu anda ke dalam satu ID, supaya anda boleh mengakses semua akaun anda di bawah satu ID M2U dan menggunakan hanya satu kad ATM untuk bergerak ke hadapan. Sila pergi ke cawangan Maybank terdekat untuk mendapatkan bantuan dalam menggabungkan berbilang ID M2U individu anda.

    Untuk ID M2U milikan tunggal dan individu
    Untuk keselamatan tambahan, kami menggalakkan anda menggunakan peranti yang berasingan bagi setiap ID M2U untuk meminimumkan risiko anda mengalami lebih daripada satu akaun terjejas serentak, dalam keadaan peranti anda dicuri atau digodam. Jika anda menghadapi isu pengaktifan ATM semasa proses ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603 7844 3696 (Luar Negara) atau kunjungi mana-mana cawangan kami.

  4. Apa yang akan terjadi sekiranya saya tidak mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam tempoh 30 hari?
    Sekiranya anda tidak mengaktifkan Secure2u pada ATM Maybank dalam tempoh 30 hari selepas mendaftarkan Secure2u pada peranti anda, proses pendaftaran Secure2u pada aplikasi anda perlu dilakukan semula.

Untuk membaca soalan lazim (FAQ) yang lebih komprehensif tentang aktifkan Secure2u di ATM Maybank, klik di sini.

Isu peranti/akaun

  1. Saya kehilangan telefon bimbit yang didaftarkan untuk Secure2u. Apa patut saya buat?
    Anda mesti membatalkan pendaftaran Secure2u daripada peranti anda yang hilang secepat mungkin, cuma ikut kaedah di bawah:

    Kaedah 1: Log masuk ke laman web Maybank2u dan pergi ke Settings > Security > Secure2u > togol untuk menyahaktifkan Secure2u; ATAU

    Kaedah 2: Segera hubungi hotline Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau 603-78443696 (luar negara) untuk mendapatkan bantuan.

    Sebaik sahaja anda memperoleh peranti baharu, anda boleh mengaktifkan semula Secure2u pada peranti tersebut. Harap maklum bahawa anda hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas tempoh pengaktifan minimum 12 jam.
  2. Saya menggunakan laman web Maybank2u untuk perbankan. Adakah saya perlu memuat turun aplikasi MAE?
    Untuk pengalaman perbankan yang lebih selamat dan mudah, kami amat menggalakkan anda untuk memuat turun aplikasi MAE dan menggunakan Secure2u untuk semua transaksi anda.

Isu transaksi

  1. Saya telah dilog keluar secara automatik daripada laman web Maybank2u apabila saya cuba meluluskan transaksi dengan Secure2u pada aplikasi aplikasi MAE saya.
    Anda boleh dilog keluar daripada laman web Maybank2u jika anda secara tidak sengaja log masuk ke aplikasi MAE anda (sesi log masuk dua kali). Untuk tujuan keselamatan, anda hanya boleh log masuk pada satu peranti pada satu masa atau mempunyai satu sesi aktif.

    Untuk transaksi yang dilakukan di laman web Maybank2u, anda tidak perlu log masuk ke aplikasi anda untuk meluluskan transaksi menggunakan Secure2u. Selepas membuat permintaan Secure2u di laman web, anda cuma perlu tekan push notification aplikasi MAE pada peranti anda untuk ‘Approve’ dan melengkapkan transaksi.
  2. Saya melakukan transaksi di laman web Maybank2u tetapi tidak menerima push notification untuk Secure Verification. Apa patut saya buat?
    Sekiranya anda tidak menerima push notification dalam masa 50 saat, sila buka aplikasi MAE anda, tidak perlu log masuk dan tekan 'Secure2u'. Butiran Secure2u anda kemudiannya akan dipaparkan untuk kelulusan anda. Selain itu, sila pastikan anda telah melakukan perkara berikut:
    1. Aktifkan data mudah alih atau Wi-Fi anda supaya telefon bimbit anda disambungkan ke talian internet yang stabil untuk menerima notifikasi Secure2u.
    2. Dayakan push notification pada telefon pintar anda. Pada aplikasi MAE, buka aplikasi > tekan ‘More’ > pergi ke ‘Settings’ > ‘Notifications’ > dayakan ‘Promotions’.
    3. Hidupkan data mudah alih anda dan tutup Wi-Fi atau sebaliknya jika sambungan Internet anda masih tidak berfungsi.
  3. Jika anda masih tidak dapat menerima push notification Secure2u, hubungi hotline Khidmat Pelanggan kami di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau 603-78443696 (luar negara) untuk mendapatkan bantuan.

Untuk membaca soalan lazim (FAQ) yang lebih komprehensif, klik di sini.

Untuk bantuan lanjut mengenai isu yang tidak disenaraikan di atas, sila hubungi kakitangan perkhidmatan pelanggan kami melalui Sembang Langsung (Live Chat). Pergi ke laman web Maybank2u > klik pada ikon ‘Live Chat’ di bahagian bawah sebelah kanan > mula berinteraksi.