Click here for English
Click here for English
Dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, pelaburan emas boleh bertindak sebagai pelindung nilai inflasi. Ia dianggap sebagai salah satu pilihan pelaburan paling selamat semasa kegawatan ekonomi kerana nilainya tidak akan susut walaupun semasa inflasi.
Apabila anda melabur dalam emas melalui dana unit amanah, anda akan menikmati keselamatan dan kemudahan yang lebih baik berbanding dengan melabur dalam emas fizikal kerana anda boleh memilih untuk membeli sebarang jumlah dana emas berdasarkan modal permulaan anda.
Dana emas juga merupakan pilihan ideal untuk pelabur yang ingin mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dalam mengurangkan risiko pasaran secara keseluruhan.
Dana United Golden Opportunity (United Golden Opportunity Fund)
Dana ini bertujuan untuk mencapai peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam dana ETF (exchange-traded funds) emas fizikal di seluruh dunia. ETF ini diniagakan di pasaran global di mana pihak berkuasa pengawalseliaan adalah ahli biasa atau anggota bersekutu Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO). Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin mengambil risiko yang agresif dan mencari peningkatan modal jangka panjang dalam pelaburan mereka.
Prospektus:
Ringkasan Produk:
Ketahui lebih lanjut mengenai kempen Tap, Track, Win di sini.