Back
Hubungi Kami

Loan Peribadi

Pembiayaan Peribadi Maybank/-I

Realisasikan Impian Anda dengan Cepat & Mudah

Ciri-ciri Pembiayaan


Uruskan komitmen bulanan anda untuk asas kewangan yang lebih kukuh dengan kadar pembiayaan serendah 5.70%, eksklusif untuk perkerja kumpulan syarikat yang terpilih, universiti awam, kerajaan negeri dan anak syarikatnya.

Kilik di sini untuk senarai penuh syarikat yang terpilih, universiti awam, kerajaan negeri dan anak syarikatnya.

Jumlah Pembiayaan

Minimum: RM10,000

Maksimum: Sehingga RM200,000 atau 20x pendapatan bulanan termasuk elaun tetap, yang mana lebih rendah

Tempoh Pembiayaan

Minimum: 2 tahun

Maksimum: 10 tahun atau atau umur bersara (yang mana dahulu)

 

Kaedah Bayaran Semula

Tempoh Pembiayaan

2-10 Tahun

Potongan Gaji oleh Majikan

Kadar Keuntungan Efektif: 5.70% p.a.

(SBR + 2.70%)

Potongan melalui Maybank2E

Kadar Keuntungan Efektif: 5.75% p.a.

(SBR + 2.75%)

Kadar Asas Standard adalah 3.00% setahun berkuatkuasa pada 8 Mei 2023

Klik disini untuk melihat Jadual Pembayaran Semula

Faedah


  • Bayaran bulanan mampu milik, serendah RM110 sebulan*
  • Jumlah pembiayaan yang tinggi sehingga RM200,000
  • Kemudahan pembayaran semula setiap bulan melalui potongan gaji atau Maybank2E
  • Tempoh pembayaran yang fleksibel daripada 2 tahun sehingga 10 tahun atau umur bersara (yang mana dahulu)
  • Tidak memerlukan sebarang cagaran atau penjamin
  • Pilihan untuk menambah perlindungan Insurans/Takaful untuk perlindungan sekiranya berlaku kematian dan kecacatan kekal
    • *Bedasarkan pembiayaan berjumlah RM10,000 dengan tempoh pembiayaan 10 tahun

Kelayakan


  • Warganegara Malaysia
  • Minimum pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 (termasuk elaun tetap)
  • Berumur 21 sehingga 58 tahun
  • Pekerja tetap dan telah disahkan oleh majikan yang terdiri daripada syarikat terpilih, universiti awam, institusi kesihatan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan institusi kewangan.
  • Klik disini untuk senarai penuh syarikat dan industri yang layak

Yuran & Caj


  • Duti Setem: RM5 untuk setiap RM1,000 daripada jumlah pinjaman/pembiayaan
  • Tambahan perlindungan Insurans/Takaful

Caj yang dikenakan akan ditolak daripada jumlah pinjaman/pembiayaan

Cara untuk Memohon


MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Langkah 1: Muat turun dan isi Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi /-i

Langkah 2: Lampirkan dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon utama
  • Penyata gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan /penyata KWSP/Borang EA/BE terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata Penebusan (Redemption Statement) daripada Institusi Kewangan lain (jika berkenaan)**

** Penyata Penebusan (Redemption Statement)  ialah dookumen undang-undang yang menyatakan jumlah akhir  pinjamam/pembiayaan yang anda perlu jelaskan kepada pihak Institusi Kewangan.

Langkah 3: Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen yang diperlukan ke cawangan Maybank yang terdekat.

Sebagai pilihan lain, anda boleh menghantar permohonan atau pertanyaa melalui e-mel ke  salaryfinancing@maybank.com

 

Hubungi Kami

Maklumat Lanjut


Klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan

Klik di sini untuk muat turun Lembaran Maklumat Produk dalam Bahasa Inggeris

Klik di sini untuk Lembaran Maklumat Produk dalam Bahasa Malaysia

Klik di sini untuk melihat senarai syarikat terpilih bagi kelayakan pembiayaan

Locate a Branch

Find a Maybank branch nearby you


You might also be interested in.