Back


Maksimumkan simpanan anda dengan MAE


Jadilah pelanggan baharu Maybank sekarang dan nikmati tawaran menarik berikut:

  • Hadiah RM10 serta-merta apabila anda mendaftar untuk MAE Wallet dengan kod JOMMAE.
  • Bonus Harian RM0.50 apabila anda menyimpan RM500 dalam ‘Coin Jar’ di MAE Tabung.

Tertakluk pada Terma & Syarat.

Tempoh Kempen: 15 Oktober - 30 November 2024* (*atau sehingga had kempen telah dicapai, yang mana lebih dahulu)

Click here for English

Cara untuk dapatkan Hadiah RM10 + Bonus Harian


Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang fungsi MAE Wallet!

 

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Secure2u

 

*Anda peroleh bonus RM0.50 untuk setiap hari anda menepati baki akhir harian Tabung sebanyak RM500 atau lebih. Bonus akan dikreditkan ke MAE Wallet anda dalam masa 7 hari dari hari menyimpan. Contoh:

  • Tabung anda berbaki RM500 pada 17 Oktober = RM0.50 akan dikreditkan sebelum 23 Oktober.
  • Tabung anda berbaki RM500 pada 18 Oktober = RM0.50 akan dikreditkan sebelum 24 Oktober.

*Tawaran kempen dihadkan kepada RM500,000. Tawaran akan berakhir setelah jumlah maksimum dicapai.

Terma & Syarat


Bonus Harian Tabung

  1. Sah untuk pelanggan baharu yang mendaftar untuk MAE Wallet dan membuka Tabung di bawah kategori ‘Coin Jar’ semasa dalam tempoh kempen.
    Nota: Setelah mendaftar MAE Wallet, anda perlu mendaftar Secure2u di peranti anda di mana ada tempoh bertenang 12-jam untuk pengaktifan, sebelum anda boleh membuka Tabung).
  2. Setiap Pelanggan hanya boleh peroleh Bonus Harian dari satu Tabung.
  3. Bonus Harian ialah kadar rata RM0.50 yang akan dikreditkan ke MAE Wallet anda dalam masa 7 hari dari hari kelayakan.
  4. Kempen ini mempunyai had maksimum RM500,000 (atau 1 juta bonus) untuk yang terawal sahaja. Pelanggan tidak akan peroleh lagi setelah had kempen dicapai.

Semak Terma & Syarat penuh kami di bawah:

Soalan Lazim


  1. Siapakah yang layak untuk menyertai Kempen ini?
    Semua pelanggan baharu Maybank yang telah membuka MAE Wallet sebagai akaun Maybank pertama semasa Tempoh Kempen.

  2. Saya telah menyertai Maybank semasa tempoh kempen dengan membuka Akaun Simpanan-i, adakah saya layak untuk Hadiah RM10 atau Bonus Harian Tabung?
    Tidak, untuk menikmati tawaran ini, anda tidak boleh mempunyai akaun atau mana-mana produk/servis sedia ada dengan Maybank.

  3. Saya mendaftar untuk MAE Wallet semasa tempoh kempen tetapi tidak menggunakan kod JOMMAE. Bagaimana untuk menebus Hadiah RM10?
    Maaf, anda hanya boleh menebus RM10 jika anda masukkan kod JOMMAE semasa proses pendaftaran MAE Wallet.

  4. Bila dan bagaimana untuk saya terima Hadiah RM10?
    Ianya akan dikreditkan ke MAE Wallet anda serta merta setelah mendaftar.

  5. Apakah itu Secure2u dan adakah wajib untuk saya mengaktifkannya?
    Secure2u merupakan ciri keselamatan di aplikasi MAE untuk melindungi transaksi Maybank anda dengan memautkan peranti anda bersama akaun Maybank anda. Ini membolehkan anda untuk mengesahkan transaksi dengan lancar di laman web Maybank2u dan aplikasi MAE menggunakan peranti anda.

    Oleh kerana ini adalah satu-satunya cara untuk mengesahkan transaksi melalui platform-platform ini, pengaktifan Secure2u adalah wajib supaya anda boleh menggunakan perkhidmatan kami.

  6. Mengapa terdapat tempoh bertenang selama 12 jam selepas mengaktifkan Secure2u sebelum saya boleh menggunakan Secure2u
    Tempoh bertenang 12 jam merupakan langkah keselamatan untuk memberikan masa yang secukupnya kepada pengguna bagi memantau dan menguruskan dalam mencegah pengaktifan Secure2u atau transaksi tanpa kebenaran.

  7. Saya telah membuka Tabung kategori ‘Travel’ dan bukannya ‘Coin Jar’. Adakah saya masih layak untuk mendapat Bonus Harian?
    Tidak, hanya MAE Tabung bermula di bawah kategori ‘Coin Jar’ yang layak.

  8. Berapa jumlah hari boleh saya peroleh Bonus Harian RM0.50?
    Jika anda menyertai dari hari pertama kempen (15 Okt) dan memenuhi kriteria simpanan pada setiap hari kempen, anda boleh memperoleh selama 45 hari*. Ini bermaksud jumlah pendapatan bonus sebanyak: RM0.50 x 45 hari = RM22.50. *Tertakluk kepada kempen tidak mencapai had semasa tempoh kempen.

  9. Bila dan di mana akan saya terima Bonus Harian?
    RM0.50 akan dikreditkan ke MAE Wallet anda dalam masa 7 hari dari hari anda mencapai baki penghujung hari sebanyak RM500 atau lebih di dalam Tabung.

  10. Bagaimana untuk saya tahu jika saya telah terima Bonus Harian?
    Semak ‘Transaction History’ di MAE Wallet anda untuk kredit RM0.50 tersebut.

  11. Bagaimanakah had kempen berfungsi?
    Kempen ini mempunyai had maksimum sebanyak RM500,000 (atau 1 juta bonus) untuk pelanggan terawal. Sebaik sahaja had kempen dicapai, pelanggan tidak akan peroleh bonus melalui kempen ini.

    Sebagai contoh, jika Kempen mencapai had pada hari kempen yang ke-29:
  • Pelanggan A yang mengekalkan baki penghujung hari sebanyak RM500 pada hari ke 27, 28 dan 29 kempen akan mendapat bonus berjumlah RM1.00 (nilai untuk 2 hari)
  • Pelanggan B yang mengekalkan baki akhir harian sebanyak RM500 pada setiap hari bermula hari pertama kempen (17 Oktober) akan mendapat bonus berjumlah RM14 (nilai untuk 28 hari)